Friday, August 22, 2014

Habis bersepah...


Kalau bab bagi sepah rumah, bab main kereta, bab minum susu, memang baik. Seronok ja ayah mama tengok. Sejuk hati. Tapi kalau bab berebut kereta, bab berebut tab or handphone, bab nak suruh gaduh, ayah dengan mama boleh jadi penin.



Thursday, August 21, 2014

Jangan lari Syahmi, adik. Tunggu ayah..

Jenuh hambat.... Menjadi kebiasaan. Petang-petang, jalan-jalan. Dah nak magrib, nak kena hambat masuk rumah. Haih...


oii...

Tunggu ayah...

Monday, June 2, 2014

Dah naik lumut dah...

Haih..

Bukan kata berhabuk, dah naik lumut dah pun. Aku pun tak tahu bila la aku nak update kat sini. Banyak terarah ke Stylo Sport. Trafic dan respon di Stylo Sport sangat-sangat mengujakan, dan sehingga terabai yang sini.

Haih...

Tak apa. Pelan-pelan. Janji aku dulu pun nampak gayanya lambat lagi nak tertunai. Bukan tak nak buat, tapi tak berkesempatan.

Tak mengapa. Pelan-pelan...

Aku try update kat sini kurang-kurang satu entry sehari. Aku cuba.

InsyaAllah...

Thursday, February 27, 2014

Mana lebih baik, kaya atau senang?

Nak kaya atau nak senang?

Sapa tak mau kaya kan. Aku pun mau kaya. Dunia nie aku yang punya. Apa sahaja yang aku mahu, mesti dapat. Kan dah kaya.. Macam lagu altimet dengan sapa sorang lagi tue.. Aku pun dah lupa apa nama penyanyi sorang lanie tue. Yang aku tahu sekarang, kes Shanazz ja..

Hahahahhaha

Tapi, kalau kaya tapi hati tak senang pun tak guna jugak kan. Kaya, tapi hutang banyak, tak jugak senang. Kaya, tapi penyakit banyak. Tak senang jugak. Kaya, pakai Ferarri, tapi tak senang nak bayar maintanance, road tax. Susah jugak.

Banyak jugak masalah jadi orang kaya nie kalau tak senang. Tapi ada ja kaya dan senang. Itu tak boleh dinafikan. Tapi dengan tujuan dan arah matlamat hidup sekarang nie, nak kaya ka atau nak senang.

So, aku dengan ikhlas hati memilih senang. Sebab kalau senang, boleh jadi kaya. Kalau kaya, belum tentu jadi senang. Kalau senang, hati pun tenang. Kalau senang, apa yang kita buat tak ada tekanan. Bila senang, nak apapun boleh dilakukan.

SO jawapan aku simple, aku nak senang...

Mood nak pindah rumah..

Ahad nie aku akan berpindah rumah. Tak sabar rasanya nk duduk rumah sendiri setelah bertahun duduk rumah sewa, kemudian duduk kuaters kerajaan kat Putrajaya. Boleh dikatakan satu peningkatan dalam kehidupan. Dah la rumah sekarang nie mahal nak mampus...

Sekarang, rumah aku dalam mood mengemas. Kotak merata-rata. Beg-beg suma dah stand by untuk di isi. Kain baju yang tak pakai suma dah masukkan dalam plastik sampah. Bukan nak buang, tapi untuk senang nak mengangkut nanti. Tiba-tiba aku rasa barang dalam rumah aku tue banyak gila. Nasib baik aku dah tempah lori 5tan untuk menangkut barang-barang semua. Dengan moto LC aku lagi. Penuh jugak lori tue. Jangan samapi dua tripo dah la nak mengangkut barang nanti sudah.

Jiran-jiran, saudara mara, sahabat handai, sebahagian ja aku inform. Ada lagi yang tak tahu. Kena jugak nanti. Lepas nie aku akan berjiran dengan orang baru. Jumpa rakan-rakan baru, jumpa comunity baru. Harap semuanya ok.

Apa yang aku risaukan sekarang, air. Aku risau lah kalau time aku pindah Ahad nie, air pun tak ada kat rumah baru. Jenuh garu kepala. Kalau garu kepala keluar air, tak pa la jugak, tapi nie.... Haih... Betul-betul musim kemarau sekarang.

Rasa sayu pulak nak meninggalkan Putrajaya nie. Sebab dah lama duduk sini rasanya. Kalau dulu masa aku pindah masuk kuaters nie, tak ramai pun ada sini. Nak park kereta pun senang.  Sentiasa dapat park kat groud floor. Tapi sekarang, kalau sampai rumah pukul 6, jangan harap la nak park dekat ground floor. Mesti kena naik tinggkat 1 atau 2.

Tiba-tiba aku terfikir, kat IC aku nie, nak kena tukar alamat ker erk....

Wednesday, February 26, 2014

Apa tue Stylo Sport?

Aku rasa macam dah lama tak update PenatLelahku nie. Sebenarnya ada banyak ja cerita yang aku nak kongsi, tapi aku sibuk sikit dan banyak perhatian aku terarah ke Stylo Sport. huhuhu...

Apa tue Stylo Sport?

Aku pun tak sangka yang aku akan buat satu lagi blog yang bernama Stylo Sport. Yup, ia blog aku yang kedua. Bukan sebab aku nie rajin atau aku nie banyak sangat masa terluang, tapi lebih kepada minat. Memang aku nie jenis kaki bola, tapi bila aku ulas bola dalam PenatLelahku nie, macam tak sesuai ja.

Aku nampak yang Stylo Sport nie ada potensi untuk kehadapan. Kalau kat Malaysia, aku rasa tak banyak pun portal-portal berkenaan bola yang establish. Dan aku harap, Stylo Sport boleh pergi jauh. Tapi semua tue bukan satu benda yang mudah, tapi kalau kuat berusaha, dan Stylo Sport boleh berjaya.

So, bagaimana dengan PenatLelahku?

Bagi aku, PenatLelahku nie maintain sebagaimana yang sedia ada. Mungkin ada cerita berkenaan Rosalinda ka, pasal makan-makan ka, pasal adik dengan Syahmi ka. Secara keseluruhan, lebih kepada suka hati aku. Kalau ada sukan, sikit-sikit ja kot. Pasal bola, semua akan pergi ke Stylo Sport.

Hehhehehe

Thursday, February 13, 2014

Hari Jem Sedunia...

Semalam, aku meraikan Hari Jem Sedunia. Kami convoi dari Kajang sehinggalah ke Cheras. Aku berasa bangga kena terlibat sama dalam meraikan hari tersebut..

Tahniah..Tahniah....

Aku ingat golongan-golongan yang bermotokar sahaja yang meraikan hari tersbut, ada juga mereka daripada golongan rider yang turut sama meraikan kemeriahan perayaan ini..

Aku merasa bangga kerana dapat membabitkan diri untuk upacara yang meriah ini. Dan aku berasa teramat-amat teruja untuk menyambutnya lagi. Harap-harap hari ni ada lagi sambutan yang sebegitu rupa...

................puih, puih..............