Monday, December 30, 2013

Ambang Tahun Baru 2014...

Lagi berapa hari ja lagi nk masuk tahun baru 2014. Aku pn dah semakin tua. Anak pun dah ada dua. Tp bini tetap sorang lg. hehehe. Tp kat sini aku nk cita pasai ambang tahun baru la. Bukan cita pasai anak aku, bukan cita pasai bini aku..hahahah

Kebelakangan nie kedengaran cerita tentang nk Gulingkan Kerajaan (isu semasa..huhuh). Asal bukak tibi ja cita pasai nie. kalu bukak Radio Television Malaysia atau Media PRima nya berita, mmg cita ni akan jd headline dulu.. Aku betul3 xsetuju dgn gerakkan tuk gulingkan kerajaan nie. Siapa bertanggungjwb buat provokasi nie. Aku mohon pihak berkuasa ambil tindakan segera.

Tapi, pihak Pakatan Rakyat sudahpun menafikan tentang gerakan tuk menggulaing kan kerajaan nie. Mohon Pihak berkenaan mencari dalang yg buat provokasi nie. Setahu aku la, PR xbuat himpunan tuk tahun baru nie. Yg buat NGO yg bernama TURUN. Mungkin sbb kenaikkan mcm2 brg dh kos sara hidup yg semakin meningkat nie, mengesak gerakan NGO TURUN nie turun padang. Mungkin juga sbb gerakan nie juga menyebabkan ada pihak2 lain membuat provokasi dgn menggerakkan gerakan menggulingkan kerajaan. Mungkin. Aku xtahu sbb aku pn xjoin sgt dgn diorng nie. aku baca ikut blog2 dgn tgk berita shj.

Dalam kekalutan dan kebingitan perkara-perkara diatas (ish, mcm surat rasmi la plak), aku lebih tertakir dgn Ambang Tahun Baru 2014 yg akan berlangsung di Putrajaya. Dekat umah aku tue. Byk Artis-artis yang datang. M Nasir, Hattan, Amy search, Ella. Perh... mmg mantap aa. konsert tue. Biasa la kan. Sponsor by Ambank.

Kemudian aku cuba bandingkan Ambang Tahun Batu 2014 yang akan berlangsung di Shah Alam plak,

huhuhuh..Kt Shah Alam ada Ustaz Don, Ustaz Haslin Bollywood. Artis pn ada. Nak compare dgn yg Putrajaya tue, drp kekuatan hiburan, Putrajaya menang. Daripada pengisian aku rasa, aku rasa la, Shah Alam lebih unggul.

Meh kita tgk kt Penang plak..
Yang nie lagi sakan. Ustaz Azhar Idrus tue. Hahahha. Artis pn ada jgk, Pierre Andre, Syamsul Yusuf, Kumpulan SHiro pn ada jgk. Tp aku rs yang paing mahal Ustaz Azhar Idrus  tue.... AKu rs penuh padang kat Butterworth...hahaha

So, tepuk dada, tanya selera masing-masing. Aku malas  nk komen lebih-lebih. hehehhee

poster nie mmg blh buat aku gelak..hahahahah


No comments: