Wednesday, December 11, 2013

Just two of us..

Kemarin aku cuti. Maksud aku kemarin tue semalam la. Kalau orang utara cakap  kemarin tue maksudnya semalam. Kalau orang utara cakap semalam tue maknanya malam tadi. Faham ka tidak apa yang aku cakap nie.... Takpa la. Kalau tak paham, nanti aku sembang balik pasal loghat orang Utara nie. Tapi tuk kali nie aku nak bercerita yg aku cuti kemarin (smlm la tue). Baginda Sultan Selangor nya besday. Heheheh. Bagi mereka yang berkerja selain Selangor, mohon berkerja dengan penuh kerajinan, sebab kami yang berkerja di Selangor nie nk bercuti. Hahahah...

Disebabkan aku cuti, aku pun ajak bini aku jalan-jalan, dating-dating dan berdua-duaan.. Sebab kami memang dalam territory Wilayah persekutuan, maka nursery & taska-taska didalam jajahannya dibuka seperti biasa. Adik & Syahmi dihantar ke taska sebab ayah dengan mama nak keluar ber'dating'.

1st program of day, bini aku ajak pergi jalan-jalan kt book fair kat Mines.  Big Bad Wolf Book Fair at The Mines Convention Center

 IMG-20131211-00700 

IMG-20131211-00699 

Bini aku cakap book fair nie 24 jam, aku pun mula-mula kurang pasti, betul ker nie. 24jam tue. Ada orang ka yang ke sana kul 2-3 pagi membeli buku... Tapi realitinya, memang ada . Huhuhu..Betul-betul KL...

Boleh tahan juga Big Bad Wolf Book Fair. Price untuk buku-buku pun boleh tahan. kalau hard cover punya buku, harga dalam RM15 to 50 ja. Stock quality tip-top nya. So, bini aku ber'shopping' sakan. Di carinya buku menjahit, katanya hendak menjahit lansir. Dicarinya buku memasak, nak memasak sedap-sedap katanya. Aku doakan cita-citanya terlaksana. Hahahaha

IMG-20131212-WA004 

Yang menjadi mangsa, aku. Aku lah yang mengusung buku-buku yang hendak dibelinya ke sana, kemari. Cuba bayangkan, Dewan untuk 'book fair' nie tersangatlah besarnya. Disebabkan hendak mencari buku pasteri, aku terpaksa ke hulu dan ke hujung.. Lenguh jugak kaki aku berjalan sambil menanggung beban buku-buku nie. Memandangkan bini aku beli buku, so aku pun mencari buku yang sesuai untuk aku. Malas nk cari buku yg isi kandungnya heavy-heavy. Aku mencari bacaan yang bersantai-santai sahaja. Lastly aku 'terbeli' buku Antony Bourdain - Kitchen Confidential dengan buku Great Migration (National Geography). Kenai ke tidak mamat Antony Bourdain nie? Famous jugak dalam astro. Selalu ja keluar dlm TLC nya channel.

Bagi aku harga kt sini sememangnya berbaloi-baloi, mungkin disebabkan kebanyakkannya stok-stok lama, tapi berkualiti.

IMG-20131212-WA001
Just RM98 for all of these.

Total buku-buku yang aku beli hanyalah RM98 sahaja. Cover buku aku, buku anak-anak aku dgn buku bini aku.

Then, kami decide dengan bini aku layan movie Frozen kt KLCC. Rasanya dah sangat lama tak berdating sambil tgk wayang dgn bini. So hari ini, layan habis. Last kami tgk wayang berdua rasanya masa Syahmi dalam perut lagi. Movie The Inception. Jalan cerita mmg heavy gila. Kena Berfikir panjang denagn cerita tue. Tp, kali nie layan cita Disney ja. hahahaha. Aku pun dah lama tak layan movie cartoon nie.


IMG_20131212_0093619
3D tue.

Setelah puas berdating, baru kami balik then ambil adik & Syahmi dekat taska. Kesian jugak dekat dua beradik nie,tapi kalau bawa dua beradik nie, lagi kesian sbb teringat semasa dekat book fair tadi, kebanyakkan parents yang bawa anak-anak kecil, kesian ja. Terlentok-lentok badan, yang tidor lagi, yang didukung lagi, kesian...huhuh

Apapun, aku berjaya melakukan aktiviti hari ini dengan jayanya.

No comments: