Monday, February 3, 2014

Jem sana sini..

Letih-letih..
Jem dekat federal highway.
Kalau tak silap aku, aku dah mulai bercuti hari Khamis lagi. Dan hari nie dah hari Isnin. Jumlah cuti yang aku dah sapu adalah 5 hari. Alahai, sekejap ja 5 hari. sedar-sedar dah nak kena masuk office balik. Aduh..
Aku rasa tak pergi ke mana pun. Duduk satu tempat sahaja. Tengok orang lain, berjalan sampai Rantau Panjang, sampai Johor Bharu dan ada yang sampai Bukit Kayu Hitam. Tapi rata-rata merungut semalam bila nak balik ke rumah masing-masing. Jem teruk katanya.

Office mate aku sorang nie dari Kuala Pilah ke Bangi sahaja pun. Itu pun mengambil masa 3jam. Yang sorang lagi, Melaka ke Putrajaya, 5 jam. Masa aku berwhatspp dengan dia, kaki kejang katanya...haih, bukan kereta auto ka? hahahah...

Ada pula, kawan aku balik dari Terengganu ke Sepang, 13jam setengah. Pergh... Lagi mencabar. katanya, rekod 14 jam setengah...hahahaah.. Aku rasa tue mesti kes hari raya.

Aku pun pernah mengalami benda yang sama, daripada Penang ke Putrajaya. Dengan anak-anak dan bini te. 12 jam. haih.. kalu aku, memang tak menjadi masalah, tapi kesian dekat anak-anak la. Budak-budak kan. Kalau lapar, teriak, kalu sakit, teriak, kalau boring, kadang-kadang tue teriak jugak sebab tak ada orang nak layan. hahahhaa..

Kalau tanya aku apa penyelesaian untuk semua ini, bagi aku  senang sahaja. Naik Malindo ka, Air Asia ka, Firefly ka.. Compom-compom tak jem. Yang nie aku pasti. jem sikit sahaja masa nak dekat nak beratur naik kapal terbang..hahahah

Apapun kawan-kawan, bawak bersabar. Jem itu satu lumrah kehidupan. Selagi tak ada ketera boleh terbang, selagi tulah kita akan menghadapi masalah ini..hahahahha.

hehehe..

No comments: