Pagi tadi, tok ma ajak kami pergi pasar pagi dekat Dengkil. Aku sebenarnya tak ada masalah sangat kalau nak pergi pasar pagi nie, tapi akan menjadi masalah kalau Syahmi dengan adik ikut sekali. Bukan sebab malas nak bawak dua orang hero nie, tapi sekarang, cuaca panas sangat. Bahangnya ku rasa hingga bil elektrik bulan ini mungkin naik mencanak disebabkan on aircond.
Haih..
Tiba-tiba aku teringat member aku ada blogging pasal Taman Cabaran, wall climbing. AKu dah duduk hampir 4 tahun kat Putrajaya nie, tapi Taman Cabaran tue tak pernah sampai. Yang paling menarik, Taman Cabaran tue lebih kurang 500 meter sahaja dari apartment aku.
Jakun kan..
hahahahha
So, dah alang-alang tok ma nak ke Dengkil, aku minta tok ma drop kami anak-beranak dekat Taman Cabaran, sebelum ke Dengkil. Sampai sana, aku, adik dan Syahmi memulakan cabaran di Taman Cabaran. Wall climbing menjadi sasaran..
Yeah...
Adik dan Syahmi, tak payah cakap la. Teruja sangat bab-bab panjat memanjat nie. Tapi kat sini, more on ladle climbing than wall climbing. Belasah ja la anak ooi..
|
Seronok nampak.. |
|
Lompat Syahmi |
|
Letih lompat, baring dulu.. |
|
Adik, ladle climbing.. |
|
Susu time.. |
|
Adik happy.. |
|
Guling-guling dulu |
|
Amboi-amboi Syahmi, tingginya... |
|
Adik ."Tingginya abg aku panjat," |
Sini, kalau bawak anak-anak untuk pendedahan, memang sesuai. Aku sangat-sangat mencadangkan kalau nak beriadah, boleh datang ke Taman Cabaran nie. Sebenarnya, dekat Taman Cabaran nie ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilalkukan, tapi aku tak pasti. Nampak la ramai ja yang kayuh basikal. Mungkin basikal treking kot.
Apapun, kalau nak bawak anak-anak, boleh ke sini. Safety, insyaAlllah. Janji kena la tengok la anak-anak tue yer..
No comments:
Post a Comment