Sunday, February 2, 2014

Mandi manda di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya

Apa yang aku boleh katakan, best...


Syahmi rilek ja sambil berendam. Nampak kepala sahaja, badan dan kaki semua dalam air. Adik pulak asyik nak berpaut ja dekat aku. Mulut terketar-ketar kesejukan. Dalam kesejukan tue, boleh tarik tangan aku pastu ajak aku jalan pergi tengah kolam. Haih, adik..Macam-macam.

Aku sebenarnya nak jugak join anak-anak aku berendam sekali dalam kolam tue, tapi rasa segan la pulak. Budak-budak sahaja dalam kolam tue, dan aku tak nampak bapak budak pun dalam kolam tue...hahahah.
Apapun, aku nekad next time aku nak jugak beremdam. Aku dah tak peduli dah..hahahha

Kalau ada family nak berkelah atau nak beriadah sambil mandi-manda, aku rasa sini agak sesuai untuk berbuat demikian. Nak parking kereta pun mudah.

Mungkin ada yang bertanya, dekat mana Dataran Gemilang tue, nanti aku cakap, dekat Presint 4 lah.. Pastu mesti ada orang tanya, dekat mana pulak Presint 4.. haih.. Sebelah Presint 3. hahahahah.

Macam ini lah. Kalau nak datang sini, cari bangunan-bangunan dekat bawah nie. Dataran Gemilang sebelah tue ja..


Ok? Agak-agak boleh cari tak bangunan ini? Aku rasa, tak ada masalah sebab dalam Putrajaya ini, hanya empat bangunan nie sahaja paling tinggi.

Hehehhe..

No comments: