Monday, February 3, 2014

Kereta baru basuh tadi, tapi dah kena....

Ini betul-betul mendatangkan amarah...


Aku nie dah la jenis jarang nak basuh kereta. Maklumlah, rumah pun rumah flat. Setakat nak basuh kereta sendiri tue, agak menyulitkan. Tetapi sekali basuh kereta, memang aku bagi puas hati. Melihat kereta berkilat-kilat, terpancar cahaya kebenaran, haa..cahaya kebenaran? Merepek la pulak..hahahaha

So, sekarang kereta aku nie dah nampak macam baru, dan dengan tiba-tiba kotor, memanglah menyakitkan hati. Tak mungkin kita nak pergi basuh sekali lagi. Aku tertekan dan aku redho. Ini semua nak menguji tahap kesabaran aku walaupun dengan tahik burung pulak. Aduh... Takpa. Sabar-sabar sambil aku memujuk hati.

Buat masa sekarang, aku biarkan dahululah tahik tue mengeras. Esok lusalah aku g basuh. Kalau tak basuh, nampak jelas sangat-sangt sebab dekat bonet kereta. Adooi.. Terbang lagi duit aku sepuluh ringgit. Nampaknya bukan rezeki aku la tue.

No comments: