Friday, August 22, 2014

Habis bersepah...


Kalau bab bagi sepah rumah, bab main kereta, bab minum susu, memang baik. Seronok ja ayah mama tengok. Sejuk hati. Tapi kalau bab berebut kereta, bab berebut tab or handphone, bab nak suruh gaduh, ayah dengan mama boleh jadi penin.



Thursday, August 21, 2014

Jangan lari Syahmi, adik. Tunggu ayah..

Jenuh hambat.... Menjadi kebiasaan. Petang-petang, jalan-jalan. Dah nak magrib, nak kena hambat masuk rumah. Haih...


oii...

Tunggu ayah...

Monday, June 2, 2014

Dah naik lumut dah...

Haih..

Bukan kata berhabuk, dah naik lumut dah pun. Aku pun tak tahu bila la aku nak update kat sini. Banyak terarah ke Stylo Sport. Trafic dan respon di Stylo Sport sangat-sangat mengujakan, dan sehingga terabai yang sini.

Haih...

Tak apa. Pelan-pelan. Janji aku dulu pun nampak gayanya lambat lagi nak tertunai. Bukan tak nak buat, tapi tak berkesempatan.

Tak mengapa. Pelan-pelan...

Aku try update kat sini kurang-kurang satu entry sehari. Aku cuba.

InsyaAllah...

Thursday, February 27, 2014

Mana lebih baik, kaya atau senang?

Nak kaya atau nak senang?

Sapa tak mau kaya kan. Aku pun mau kaya. Dunia nie aku yang punya. Apa sahaja yang aku mahu, mesti dapat. Kan dah kaya.. Macam lagu altimet dengan sapa sorang lagi tue.. Aku pun dah lupa apa nama penyanyi sorang lanie tue. Yang aku tahu sekarang, kes Shanazz ja..

Hahahahhaha

Tapi, kalau kaya tapi hati tak senang pun tak guna jugak kan. Kaya, tapi hutang banyak, tak jugak senang. Kaya, tapi penyakit banyak. Tak senang jugak. Kaya, pakai Ferarri, tapi tak senang nak bayar maintanance, road tax. Susah jugak.

Banyak jugak masalah jadi orang kaya nie kalau tak senang. Tapi ada ja kaya dan senang. Itu tak boleh dinafikan. Tapi dengan tujuan dan arah matlamat hidup sekarang nie, nak kaya ka atau nak senang.

So, aku dengan ikhlas hati memilih senang. Sebab kalau senang, boleh jadi kaya. Kalau kaya, belum tentu jadi senang. Kalau senang, hati pun tenang. Kalau senang, apa yang kita buat tak ada tekanan. Bila senang, nak apapun boleh dilakukan.

SO jawapan aku simple, aku nak senang...

Mood nak pindah rumah..

Ahad nie aku akan berpindah rumah. Tak sabar rasanya nk duduk rumah sendiri setelah bertahun duduk rumah sewa, kemudian duduk kuaters kerajaan kat Putrajaya. Boleh dikatakan satu peningkatan dalam kehidupan. Dah la rumah sekarang nie mahal nak mampus...

Sekarang, rumah aku dalam mood mengemas. Kotak merata-rata. Beg-beg suma dah stand by untuk di isi. Kain baju yang tak pakai suma dah masukkan dalam plastik sampah. Bukan nak buang, tapi untuk senang nak mengangkut nanti. Tiba-tiba aku rasa barang dalam rumah aku tue banyak gila. Nasib baik aku dah tempah lori 5tan untuk menangkut barang-barang semua. Dengan moto LC aku lagi. Penuh jugak lori tue. Jangan samapi dua tripo dah la nak mengangkut barang nanti sudah.

Jiran-jiran, saudara mara, sahabat handai, sebahagian ja aku inform. Ada lagi yang tak tahu. Kena jugak nanti. Lepas nie aku akan berjiran dengan orang baru. Jumpa rakan-rakan baru, jumpa comunity baru. Harap semuanya ok.

Apa yang aku risaukan sekarang, air. Aku risau lah kalau time aku pindah Ahad nie, air pun tak ada kat rumah baru. Jenuh garu kepala. Kalau garu kepala keluar air, tak pa la jugak, tapi nie.... Haih... Betul-betul musim kemarau sekarang.

Rasa sayu pulak nak meninggalkan Putrajaya nie. Sebab dah lama duduk sini rasanya. Kalau dulu masa aku pindah masuk kuaters nie, tak ramai pun ada sini. Nak park kereta pun senang.  Sentiasa dapat park kat groud floor. Tapi sekarang, kalau sampai rumah pukul 6, jangan harap la nak park dekat ground floor. Mesti kena naik tinggkat 1 atau 2.

Tiba-tiba aku terfikir, kat IC aku nie, nak kena tukar alamat ker erk....

Wednesday, February 26, 2014

Apa tue Stylo Sport?

Aku rasa macam dah lama tak update PenatLelahku nie. Sebenarnya ada banyak ja cerita yang aku nak kongsi, tapi aku sibuk sikit dan banyak perhatian aku terarah ke Stylo Sport. huhuhu...

Apa tue Stylo Sport?

Aku pun tak sangka yang aku akan buat satu lagi blog yang bernama Stylo Sport. Yup, ia blog aku yang kedua. Bukan sebab aku nie rajin atau aku nie banyak sangat masa terluang, tapi lebih kepada minat. Memang aku nie jenis kaki bola, tapi bila aku ulas bola dalam PenatLelahku nie, macam tak sesuai ja.

Aku nampak yang Stylo Sport nie ada potensi untuk kehadapan. Kalau kat Malaysia, aku rasa tak banyak pun portal-portal berkenaan bola yang establish. Dan aku harap, Stylo Sport boleh pergi jauh. Tapi semua tue bukan satu benda yang mudah, tapi kalau kuat berusaha, dan Stylo Sport boleh berjaya.

So, bagaimana dengan PenatLelahku?

Bagi aku, PenatLelahku nie maintain sebagaimana yang sedia ada. Mungkin ada cerita berkenaan Rosalinda ka, pasal makan-makan ka, pasal adik dengan Syahmi ka. Secara keseluruhan, lebih kepada suka hati aku. Kalau ada sukan, sikit-sikit ja kot. Pasal bola, semua akan pergi ke Stylo Sport.

Hehhehehe

Thursday, February 13, 2014

Hari Jem Sedunia...

Semalam, aku meraikan Hari Jem Sedunia. Kami convoi dari Kajang sehinggalah ke Cheras. Aku berasa bangga kena terlibat sama dalam meraikan hari tersebut..

Tahniah..Tahniah....

Aku ingat golongan-golongan yang bermotokar sahaja yang meraikan hari tersbut, ada juga mereka daripada golongan rider yang turut sama meraikan kemeriahan perayaan ini..

Aku merasa bangga kerana dapat membabitkan diri untuk upacara yang meriah ini. Dan aku berasa teramat-amat teruja untuk menyambutnya lagi. Harap-harap hari ni ada lagi sambutan yang sebegitu rupa...

................puih, puih.............. 

Wednesday, February 12, 2014

Harga Komputer RM80.00 jer..

Hahahah.... Aku ingat tak dapat, tapi dapat jugak akhirnya. RM80.00 jer. Full set, Monitor, CPU, keyboard and mouse. Brand, Dell.

Hahhahaha. Terbaik..


Mana nak dapat harga macam nie kalau kat luar. Busuk-busuk pun, ratus-ratus jugak rasanya. Nie la orang kata rezeki jangan ditolak.


Kalau tak silap aku, total komputer yang dilelong ada 27 buah kesemuanya. Aku nya list, yang ke 25. Jadilah... Sapa nak bagi kan...


Intel Core 2 Duo... Belasah aja lah...

Hahahahha...

Pening dengan coding dan template blog...

Memang aku pening... Susah gila..

Kiranya, aku berhempas-pulas juga la untuk try & error bagi men'cun'kan template dan coding blog. Baru aku tahu, coding nie payah betul. tambahan pulak, aku tak ada asas dalam bidang IT nie, tambahan pula, cabang ilmunya ke arah code and software.

Hasilnya, bagi aku, bolehlah. Tapi buat masa sekarang, aku rasa aku nak kekalkan dahulu template untuk blog ini dahulu.

Dan disebabkan coding ini jugaklah aku banyak cerita yang sepatutnya aku cerita dalam sini, hilang sebegitu sahaja. haih..Rugi-rugi. Kurang-kurang kalau aku tulis sedikit, leh jugak menambah trafik blog nie.

Sebenarnya, aku ada satu cerita yang aku akan ceritakan dalam blog nie, tapi tunggu dulu kot. Tunggu sampai aku pindah rumah dahulu dan some other issue yang aku kena selesaikan, then aku akan cerita. InsyaAllah, dengan detail dan terperinci. Pasal apa? Nantilah aku cerita. Story, mungkin heavy sikit. Tapi nantilah...

Hheheheheh....

Tuesday, February 11, 2014

JDT menang bergaya di Larkin..

Keputusan Penuh Suku Akhir Piala FA

Berikut adalah keputusan penuh  saringan Piala FA, suku akhir yang memperlihatkan JDT membawa bekalan selesa ke Stadium Darulaman. Walau bagaimanapun, Kelantan, PDRM dan Felda dijangga akan menghadapi kesukaran untuk perlawanan timbal balik yang mana masing-masing akan bertandang ke tempat lawan.


Sumber: fb Astro Arena 801 & http://stylosport.blogspot.com

-------------------

Kedah kalah pulak dah. Beza gol, 2 biji. Kira berat juga kalau Kedah nak menang di Stadium Darulaman. Aku tak tengok pun game nie sebab sibuk dengan benda-benda lain.

Apapun, pulun Kedah pulun

hehehheh

P/S: Dengar cerita, game panas sampai 3 kad merah...hhuuhuhu.

Amir (Raja Lawak) mendedahkan telah menemui cinta hati..



PETALING JAYA: Pelawak Amir (Raja Lawak) mendedahkan telah menemui cinta hati selepas kecewa dengan lima wanita yang cuba mengambil kesempatan dan mempermainkan perasaannya sebelum ini.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 25, berkata, dia digilai oleh dua orang wanita yang tinggal di Kuala Lumpur selepas mereka berkenalan melalui aplikasi sosial WeChat iaitu ‘people nearby’ dan ‘shake’.
“Saya mengaku sekarang ini ada dua orang wanita yang ‘gilakan’ saya. Dua-duanya orang KL (Kuala Lumpur). Kami kenal melalui WeChat. Saya mengaku saya sukakan mereka,” katanya kepada mStar Online.
Dalam laporan portal ini tidak lama dulu, Amir membuat pendedahan dikecewakan lima wanita termasuk seorang yang bekerja sebagai jururawat.
Kelima-lima mereka menggunakan Amir untuk mengambil kesempatan menyebabkan dia serik untuk terus jatuh cinta.
Dalam pada itu pemuda yang berasal dari Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan ini berkata, perkenalannya dengan dua wanita berkenaan yang masing-masing berumur 20 dan 23 tahun, pada peringkat mengenali hati budi masing-masing sebelum dia memilih calon terbaik untuk dijadikan teman istimewa
Katanya, kedua-dua wanita itu juga turut meluahkan perasaan mencinta Amir termasuklah menghantar mesej-mesej berbau sayang setiap masa.

“Di antara mereka berdua, saya akan pilih yang mana satu paling baik. Saya mahu wanita yang faham kerjaya saya dan tidak cepat merajuk. Kedua-dua mereka cukup istimewa kerana seorang tu kurus dan seorang lagi agak comel. Buat masa ini hati saya lebih terbuka kepada yang comel,” ujarnya.
Bagaimanapun menurut Amir, disebabkan ketiadaan kerjaya tetap dan mengharapkan pendapatan sebagai pelawak, dia belum memutuskan untuk berumah tangga dalam masa terdekat.
Bercerita mengenai kerjaya, Amir berkata dia lebih banyak dijemput menjadi pengacara untuk majlis-majlis tertentu yang kerap kali dikendalikan bersama pelakon Bell Ngasri.
Walaupun pendapatannya tidak menentu namun dia tidak pernah berkira dengan bayaran yang bakal diberikan penganjur bagi mengendalikan sesebuah majlis.
“Saya tak ‘demand’ pun. Biasanya untuk satu-satu majlis, kalau diberikan bayaran dalam RM3,000 pun saya ambil. Jumlah tu kalau tinggi, boleh dibincangkan lagi. Apa yang penting saya dapat pekerjaan untuk menyara hidup,” katanya.

sumber : mystar.com.my

.....

Komen aku, no komen....

Sunday, February 9, 2014

Syahmi, Adik dan Wall Climbing...

Pagi tadi, tok ma ajak kami pergi pasar pagi dekat Dengkil. Aku sebenarnya tak ada masalah sangat kalau nak pergi pasar pagi nie, tapi akan menjadi masalah kalau Syahmi dengan adik ikut sekali. Bukan sebab malas nak bawak dua orang hero nie, tapi sekarang, cuaca panas sangat. Bahangnya ku rasa hingga bil elektrik bulan ini mungkin naik mencanak disebabkan on aircond.

Haih..

Tiba-tiba aku teringat member aku ada blogging pasal Taman Cabaran, wall climbing. AKu dah duduk hampir 4 tahun kat Putrajaya nie, tapi Taman Cabaran tue tak pernah sampai. Yang paling menarik, Taman Cabaran tue lebih kurang 500 meter sahaja dari apartment aku.

Jakun kan..

hahahahha
So, dah alang-alang tok ma nak ke Dengkil, aku minta tok ma drop kami anak-beranak dekat Taman Cabaran, sebelum ke Dengkil. Sampai sana, aku, adik dan Syahmi memulakan cabaran di Taman Cabaran. Wall climbing menjadi sasaran..

Yeah...

Adik dan Syahmi, tak payah cakap la. Teruja sangat bab-bab panjat memanjat nie. Tapi kat sini, more on ladle climbing than wall climbing. Belasah ja la anak ooi..

Seronok nampak..
Lompat Syahmi

Letih lompat, baring dulu..

Adik, ladle climbing..

Susu time..

Adik happy..

Guling-guling dulu

Amboi-amboi Syahmi, tingginya...

Adik ."Tingginya abg aku panjat,"
Sini, kalau bawak anak-anak untuk pendedahan, memang sesuai. Aku sangat-sangat mencadangkan kalau nak beriadah, boleh datang ke Taman Cabaran nie. Sebenarnya, dekat Taman Cabaran nie ada banyak lagi aktiviti yang boleh dilalkukan, tapi aku tak pasti. Nampak la ramai ja yang kayuh basikal. Mungkin basikal treking kot.

Apapun, kalau nak bawak anak-anak, boleh ke sini. Safety, insyaAlllah. Janji kena la tengok la anak-anak tue yer..

Saturday, February 8, 2014

Gila Yogurt..

Memang tak boleh tengok langsung dengan yogurt...
Haih...
Kalau jumpa yogurt, mesti lebih daripada sorang satu. Memang tak boleh control. Boleh duduk diam pulak tue kalau makan yogurt..

Nie semua sebab tunjuk ajar daripada mama. Dah ayah dah tak boleh telan yogurt, tapi boleh tolong beli jer lah...

Penangan yogurt...

Monday, February 3, 2014

Kereta baru basuh tadi, tapi dah kena....

Ini betul-betul mendatangkan amarah...


Aku nie dah la jenis jarang nak basuh kereta. Maklumlah, rumah pun rumah flat. Setakat nak basuh kereta sendiri tue, agak menyulitkan. Tetapi sekali basuh kereta, memang aku bagi puas hati. Melihat kereta berkilat-kilat, terpancar cahaya kebenaran, haa..cahaya kebenaran? Merepek la pulak..hahahaha

So, sekarang kereta aku nie dah nampak macam baru, dan dengan tiba-tiba kotor, memanglah menyakitkan hati. Tak mungkin kita nak pergi basuh sekali lagi. Aku tertekan dan aku redho. Ini semua nak menguji tahap kesabaran aku walaupun dengan tahik burung pulak. Aduh... Takpa. Sabar-sabar sambil aku memujuk hati.

Buat masa sekarang, aku biarkan dahululah tahik tue mengeras. Esok lusalah aku g basuh. Kalau tak basuh, nampak jelas sangat-sangt sebab dekat bonet kereta. Adooi.. Terbang lagi duit aku sepuluh ringgit. Nampaknya bukan rezeki aku la tue.

Jem sana sini..

Letih-letih..
Jem dekat federal highway.
Kalau tak silap aku, aku dah mulai bercuti hari Khamis lagi. Dan hari nie dah hari Isnin. Jumlah cuti yang aku dah sapu adalah 5 hari. Alahai, sekejap ja 5 hari. sedar-sedar dah nak kena masuk office balik. Aduh..
Aku rasa tak pergi ke mana pun. Duduk satu tempat sahaja. Tengok orang lain, berjalan sampai Rantau Panjang, sampai Johor Bharu dan ada yang sampai Bukit Kayu Hitam. Tapi rata-rata merungut semalam bila nak balik ke rumah masing-masing. Jem teruk katanya.

Office mate aku sorang nie dari Kuala Pilah ke Bangi sahaja pun. Itu pun mengambil masa 3jam. Yang sorang lagi, Melaka ke Putrajaya, 5 jam. Masa aku berwhatspp dengan dia, kaki kejang katanya...haih, bukan kereta auto ka? hahahah...

Ada pula, kawan aku balik dari Terengganu ke Sepang, 13jam setengah. Pergh... Lagi mencabar. katanya, rekod 14 jam setengah...hahahaah.. Aku rasa tue mesti kes hari raya.

Aku pun pernah mengalami benda yang sama, daripada Penang ke Putrajaya. Dengan anak-anak dan bini te. 12 jam. haih.. kalu aku, memang tak menjadi masalah, tapi kesian dekat anak-anak la. Budak-budak kan. Kalau lapar, teriak, kalu sakit, teriak, kalau boring, kadang-kadang tue teriak jugak sebab tak ada orang nak layan. hahahhaa..

Kalau tanya aku apa penyelesaian untuk semua ini, bagi aku  senang sahaja. Naik Malindo ka, Air Asia ka, Firefly ka.. Compom-compom tak jem. Yang nie aku pasti. jem sikit sahaja masa nak dekat nak beratur naik kapal terbang..hahahah

Apapun kawan-kawan, bawak bersabar. Jem itu satu lumrah kehidupan. Selagi tak ada ketera boleh terbang, selagi tulah kita akan menghadapi masalah ini..hahahahha.

hehehe..

Sunday, February 2, 2014

Bila Whatapps nya notification lebih 500..

Wah...Meriah betul...
Kekadang tue sampai 100 pun aku tak sempat nk follow, inikan pula kalau 500 notification. Lagilah aku tak terfollow apa yang dibualkan. Memang aku nak join, tapi kadang-kadang tue kita pun ada benda sendiri nak mengadapkan. Dengan anak-anak lagi, dengan family lagi. Kalau kerja, dengan kerja lagi.

Tapi disebabkan aku pakai BB nie, memang meremehkan kalau nak scroll naik atas untuk tahu cerita disebaik cerita. So, kadang-kadang aku ignore ja apa yang diceritakan. Bukan sebab aku tak sudi nak tahu, tapi disebabkan aku pakai bb nie..ish. Aku kesedihan..

Nampak gaya aku macam nak kena bertukar angin dah nie. Tapi tak tahu bila agaknya. Heheehe..So, kalau ada sumbangan hanset terpakai tue, aku nie antara calon yang paling berkelayakan lah kiranya.

hahahahha..



Syahmi dan Kubota L1500


Kubota L1500 masih berfungi baik, masih boleh mengangkut barang-barang berat dan masih menjadi kegilaan Syahmi..

Tepi-tepi, nak gerak dah nie..
Ayah, pasal apa tak jalan lg nie. Enjin ok ka?
hahahah.. Memang payah nak turun pastu. Jenuh pujuk jugak lah..

Mandi manda di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya

Apa yang aku boleh katakan, best...


Syahmi rilek ja sambil berendam. Nampak kepala sahaja, badan dan kaki semua dalam air. Adik pulak asyik nak berpaut ja dekat aku. Mulut terketar-ketar kesejukan. Dalam kesejukan tue, boleh tarik tangan aku pastu ajak aku jalan pergi tengah kolam. Haih, adik..Macam-macam.

Aku sebenarnya nak jugak join anak-anak aku berendam sekali dalam kolam tue, tapi rasa segan la pulak. Budak-budak sahaja dalam kolam tue, dan aku tak nampak bapak budak pun dalam kolam tue...hahahah.
Apapun, aku nekad next time aku nak jugak beremdam. Aku dah tak peduli dah..hahahha

Kalau ada family nak berkelah atau nak beriadah sambil mandi-manda, aku rasa sini agak sesuai untuk berbuat demikian. Nak parking kereta pun mudah.

Mungkin ada yang bertanya, dekat mana Dataran Gemilang tue, nanti aku cakap, dekat Presint 4 lah.. Pastu mesti ada orang tanya, dekat mana pulak Presint 4.. haih.. Sebelah Presint 3. hahahahah.

Macam ini lah. Kalau nak datang sini, cari bangunan-bangunan dekat bawah nie. Dataran Gemilang sebelah tue ja..


Ok? Agak-agak boleh cari tak bangunan ini? Aku rasa, tak ada masalah sebab dalam Putrajaya ini, hanya empat bangunan nie sahaja paling tinggi.

Hehehhe..

Saturday, February 1, 2014

Jalan-jalan cari makan..

Hari nie dah 1 February bersamaan hari raya kedua bagi mereka yang berbangsa cina. Aku rasa masih belum terlambat kot untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina. hehehe.. Actualy aku memang ramai kawan-kawan yang berbangsa cina. Sejak aku sekolah dulu pun memang ramai ja kawan-kawan yang berbangsa cina. Bos-bos aku sebelum nie pun cina. Bagi aku itu semua tidak menjadi masalah sebab mereka baik dengan aku.

Tapi dalam entry nie bukan aku nak ulas sangat pasal tahun baru cina, tapi suasana pada hari ini. Semalam aku dah tensen dah mencari kedai makan sebab banyak sangat kedai tutup. Yang tue tak menjadi isu, tapi yang kedai-kedai orang melayu pun tutup nie, apa hal... Aku pun tak paham la. aduhh. Tak mengapalah, aku bagi peluang untuk diorang insaf untuk keesokkan harinya.

Esoknya (hari ini), aku jalan-jalan lagi mencari makan. Tutup jugak. Sampai Cheras aku jalan, dengan niat nak makan Nasi Ayam kampung Hassan. Itu pun tutup jugak. AKu kembali bingung. Bingung, bingung.

Tutup jugak kedai nie... AKu tertekan...

Nasib ada kedai yang berdekatan bukak..nasib-nasib..

P/S : Last-last mamak juga yang bukak. Mamak pun mamak la... Aku kelaparan..

Friday, January 31, 2014

Ultraman Adik..

Bertukar...


Semalam, tiba-tiba adik ambik topeng ultraman. Pakai sendiri pastu tunjuk dekat ayah.. heheheh. Dah pandai melawak dah anak ayah seorang nie. Cepat-cepat ayah ambik handphone untuk snap gambar.

Hiarh... Bertukar...

Kalau Syahmi pakai topeng nie, xsampai 5saat topeng nie boleh lekat kat muka, tapi adik, siap pusing-pusing satu rumah lagi nak tunjuk yang dia pakai topeng. Good job adik.. Nanti ayah cari topeng lain pulak. Topeng Ironman ka, Spiderman ka, Doraemon ka..


Wednesday, January 29, 2014

Maafkanlah mereka...

Kepada si pemaaf..

Sesetengah orang cakap nak maafkan seseorang itu mudah, tapi apa yang aku boleh lihat sebenarnya sangat-sangat susah. Tambahan jika sesuatu perkara menjadi turning point dalam hidupnya. Ini tidak kira apa sahaja jenis peringkat umur, darjat ataupun pangkat. Walaupun dalam politik sekalipun.

Tapi, bagi aku, eloklah kalau kita nie menjadi seorang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain. Mungkin apa yang berlaku pada masa lampau, mereka tidak sedar apa yang meraka lakukan kepada kita. Tetapi, kalau sekarang, mereka insaf dan mahu berbaik-baik semula, jangan kita menolak tangan mereka. Sambutlah dengan senyuman dan dengan kata-kata yang baik.

Tetapi apa yang aku bimbangkan apabila orang yang hendak minta maaf itu malu untuk memohon maaf, dan si pemaaf ini tahu akan situasi yang tersebut. Mereka mungkin malu kerana mereka sedar akan perlakuan mereka yang lampau. Jadi, jangan pula si pemaaf ini berasa mereka ini perlu mesti datang juga kepadanya walaupun mereka ini tidak punya upaya dan kekuatan. Eloklah jika si pemaaf ini menawarkan tangan dahulu. InsyaAllah, perkara yang baik akan berlaku dengan sendirinya.

Aku pasti kalau perkara diatas berlaku, mesti ada cakap-cakap sumbang akan terpancul dari mulut-mulut orang. Pedulikan. Bukan dengan orang-orang nie yang perlu kita cari, tetapi hanya mereka yang sememangnya ada keinginan untuk berbaik-baik dengan kita sahaja yang kita perlu utamakan. Orang yang hendak jadi baik, tidak akan bercakap tentang keburukan orang. Jadi, janganlah bimbang.

Yang pasti hulurkan tangan agak walaupun mereka tidak berbuat demikian. Senyumlah walaupun tiada orang yang membalasnya. Doalah agar pintu hati mereka terbuka luas dan berilah peluang untuk diri kita agar boleh maafkan diri kita sendiri dan orang sekeliling atas apa yang telah berlaku .InsyaAllah dan aku pasti, perkara yang baik sentiasa berlaku pada orang yang baik...

Amin..

Abang Botak..

Otai Putrajaya..
 

Hahahaha..

Aku saja upload gambar nie. Nampak comel ja Syahmi. Masa nie Syahmi baru berumur satu tahun 6 bulan. Dibandingkan dengan sekarang, kiranya beza dua tahun gitu. Aku, kalau boleh nak potong saja rambut Syahmi macam botak macam nie, senang. Tak payah nak sikat-sikat. Syampu pun jimat. nak basuh pun mudah, sekejap ja dah basah. Namun, apa yang aku impikan hanyalah dongeng semata-mata. Mama Syahmi aka mama adik aka bini aku sudahpun mengelurakan tanda amaran yang keras, jangan botakkan anak kesayangan dia. Abis, aku pun sayang anak kah? Tetapi, kalau bab botak ini, mana ada kena mengena. kan... haih..confius...Tapi, buat masa sekarang, memang aku potong rambut Syahmi, tapi tak sampai tahap botak lagi. Aku follow jaa..

huhuhu..

Untuk rekod, rambut adik dari dulu sampai sekarang, aku sahaja yang potong. Even masa bercukur rambut pun, aku sendiri yang cukur rambut adik. Untuk Syahmi, hanya dua kali sahaja yang rambut Syahmi dipotong oleh orang luar, first semasa majlis bercukur dan second semasa buat umrah (seperti gambar di atas). Lain-lain, hanya ayahanda dengan ahli keluarga sahaja yang boleh memotong rambut adik dengan Syahmi.

Boleh gitu? Hehehehe

Tak payah pakai Astro la kalau macam nie

Game pukul 4 pagi tadi, tapi aku baru tengok tengah hari tadi..

Ini baru pakai broadband. Belum pakai unifi lagi, belum maxis fiber lagi. Kalau aku pakai unifi atau Maxis Fiber, memang ada gaya aku terminate aku punya Astro. hahaha...

Memang aku ada cita-cita nak pakai unifi atau Maxis Fiber nie bila aku pindah rumah nanti. Tapi sebelum aku tukar semua itu, aku nak kena beli TV baru untuk rumah baru. Barulah betul. Semua baru. Jahanam poket aku. Baru nak tebal, compom kurus balik.

Pasal gambar tue, memang game bola pun. Liverpool dengan Everton. Perlawanan pagi tadi lebih kurang pukul 4 pagi. Liverpool menang pun 4-0, tapi pagi tadi aku tak tengok pun, aku tidur. Malaslah nak bangun. Tapi, aku tengok jugak game tue tengah hari dah tadi. Game memang laju. Tapi aku malas la nak review panjang-panjang pasal game pagi tadi sebab Liverpool dah menang. Hehehehhe...

Aku buat summary sikit pasal game derby pagi tadi.

Liverpool 4-0 Everton

Mignolet : 6.5/10 - berjaya menggagalkan beberapa cubaan baik daripada Everton, tapi distribution bola tidak begitu baik..
Flanagan : 8/10 - Mengawal kawasan pertahanan dengan baik.
Skrtel : 8/10 - Antara permainan yang terbaik 
Toure : 8/10 - Pertahanan kental dan berjaya membuat hantaran kepada Sturridge untuk jaringan ketiga
Cissokho : 7/10 - Agak baik, walaupun kadangkala dikalahkan Miralas
Gerrard : 8.5/10 - Permainan yang terbaik sebagai defensive midfield. Berjaya membuat jaringan pertama melalui tandukan.
Henderson : 8/10 - Membantu pertahanan dan membantu serangan tanpa henti-henti. Fitness yang hebat.
Coutinho : 8.5/10 - Terbaik semenjak kembali daripada kecederaan.
Sterling : 7.5/10 - Sentiasa memberi ancaman kepada pertahanan Everton, tetapi jarang membantu pertahanan.
Suarez : 8.5/10 - Larian dan jaringan hebat setelah melarikan bola dari tengah padang sehingga menjaringkan gol
Sturridge : 8/10 - Walaupun menjaringkan dua gol, tetapi mudah leka. Gagal untuk jaringan ketiga melaui penalti

Macam blog sukan la pulak. hahahaha

Ultraman zaman anak-anak aku..

Ultraman zaman anak aku..

Ultraman Max
Ultraman Mebius
Walaupun aku sudah punya anak dua, namun aku masih melayan ultraman. Tapi bukan maksud layan tengok ultraman macam aku layan bola, tapi kira tengok jugak la. Bukan apa, teman anak aku tengok ultraman sama.

Dari dulu, sampai sekarang, sama sahaja plot cerita ultraman. Tapi, masih mendapat sambutan. Entah sudah berapa tahun sudah cerita ultraman nie, aku pun tak pasti.

Zaman aku dulu, melayan Ultraman Taro, Ultraman Seven dan yang aku paling ingat sekali Ultraman Ace Hakuto & Minami. Hakuto dan Minami nie stail kalau nak bertukar kena lompat sama-sama sambil cincin bertemu cincin gitu (tak salah aku la). hahahaa..

Walaupun zaman dah berubah, aku sekarang pun dah jadi bapak budak, ultraman masih tidak berubah. Masih mengekalkan ciri-ciri yang sepatutnya ultraman ada. Yang paling aku respect, gaya laser beam dikeluarkan tue. Maintain macam tue sahaja. Gaya yang memakan usia berkurun lamanya.

hahahahaa...




Tuesday, January 28, 2014

Selfie..


Sekarang nie, kalau kita tengok dalam facebook, ramai sangat orang suka buat muka selfie. Kadang-kadang aku pun meluat orang selfie nie. Bukan hensem atau bertambah macho pun kalau selfie nie.

Aku, kalau ramai sangat atau sapa-sapa yang kerap sangat selfie nie memang aku hide notification dia dari dalam facebook aku. Kalau tak insaf dan tak sedar diri jugak, memang aku unfriend terus. Kalau masih tak insaf, malah bertambah-tambah penyakit selfie dia, memang aku.......

Haih....

Sekarang, Syahmi dah pandai pakai camera hanset mama dia. Sekali aku tengok, dia selfie la pulak. Aduh. Apa yang boleh aku katakan sekarang ini, penyakit selfie ini merupakan penyakit yang serius yang patut kita bendung sebelum ia menjadi barah dalam masyarakat kita ini.

Posted via Blogaway

Saturday, January 25, 2014

Nasi Lemak Istimewa belakang Sek. Ren. Agama Islahiah, Sg Besi

Aku tak tahu nak letak nama apa untuk nasi lemak mamat nie, sebab tak ada banner ka, papan tanda ka. Dan la gerai stail pacak khemah sahaja. Tapi, nasi lemak dia memang sedap.



Aku suka makan nasi lemak dia. Tak nampak sangat pun ada branding yang ada pada nasi lemak dia, tapi antara yang terbaik. Ayam rempah digoreng di situ juga, so memang panas-panas. Lokasi yang kedai pacak yang agak jauh daripada peniaga-peniaga lain, gerai ini dapat bertahan. Sudahlah dengan kedudukan yang kurang stretategik di belakang Sekolah Rendah Agama Islahiah, Sungai Besi.

Yang membuatkan aku rajin berulang makan nasi lemak dekat sini antara salah satu tarikan, ayam dia. Menarik, dan hati boleh tertawan.

Sesiapa yang rajin mencari makanan dekat dengan pekan Sungai Besi, boleh la menyinggah gerai nasi lemak nie. Tapi, bungkus sahaja. perkhidmatan untuk makan dekat situ tidak disediakan...