Wednesday, January 29, 2014

Maafkanlah mereka...

Kepada si pemaaf..

Sesetengah orang cakap nak maafkan seseorang itu mudah, tapi apa yang aku boleh lihat sebenarnya sangat-sangat susah. Tambahan jika sesuatu perkara menjadi turning point dalam hidupnya. Ini tidak kira apa sahaja jenis peringkat umur, darjat ataupun pangkat. Walaupun dalam politik sekalipun.

Tapi, bagi aku, eloklah kalau kita nie menjadi seorang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain. Mungkin apa yang berlaku pada masa lampau, mereka tidak sedar apa yang meraka lakukan kepada kita. Tetapi, kalau sekarang, mereka insaf dan mahu berbaik-baik semula, jangan kita menolak tangan mereka. Sambutlah dengan senyuman dan dengan kata-kata yang baik.

Tetapi apa yang aku bimbangkan apabila orang yang hendak minta maaf itu malu untuk memohon maaf, dan si pemaaf ini tahu akan situasi yang tersebut. Mereka mungkin malu kerana mereka sedar akan perlakuan mereka yang lampau. Jadi, jangan pula si pemaaf ini berasa mereka ini perlu mesti datang juga kepadanya walaupun mereka ini tidak punya upaya dan kekuatan. Eloklah jika si pemaaf ini menawarkan tangan dahulu. InsyaAllah, perkara yang baik akan berlaku dengan sendirinya.

Aku pasti kalau perkara diatas berlaku, mesti ada cakap-cakap sumbang akan terpancul dari mulut-mulut orang. Pedulikan. Bukan dengan orang-orang nie yang perlu kita cari, tetapi hanya mereka yang sememangnya ada keinginan untuk berbaik-baik dengan kita sahaja yang kita perlu utamakan. Orang yang hendak jadi baik, tidak akan bercakap tentang keburukan orang. Jadi, janganlah bimbang.

Yang pasti hulurkan tangan agak walaupun mereka tidak berbuat demikian. Senyumlah walaupun tiada orang yang membalasnya. Doalah agar pintu hati mereka terbuka luas dan berilah peluang untuk diri kita agar boleh maafkan diri kita sendiri dan orang sekeliling atas apa yang telah berlaku .InsyaAllah dan aku pasti, perkara yang baik sentiasa berlaku pada orang yang baik...

Amin..

No comments: