Friday, January 10, 2014

Ikea at Penang

Wah.. seronok la orang utara shopping..



Lepas-lepas nie orang utara tak payah la ke KL untuk bershopping kat IKEA. Adik aku selalu bercakap nak jalan-jalan IKEA kalau datang rumah aku. Tapi, sampai sekarang tak tercapai hajat dia. Kesian..

Berdasarkan apa yang di war-warkan dalam Malaysia Insider:

"Syarikat perabot Sweden Ikea akan membuka sebuah gedung perabut di Batu Kawan, yang pertama di luar Lembah Klang dan kedua di negara.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah membayar deposit RM5 juta kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang

Projek ini adalah usaha sama antara syarikat
Aspen Vision Land Sdn Bhd dan Ikano Pte Ltd, yang beroperasi serta memiliki gedung Ikea di Malaysia juga Singapura.

Gedung Ikea akan dibangunkan dan diselesaikan dalam tempoh masa lima tahun."



Dengan pembukaan jambatan kedua yang sememangnya terletak dekat Batu Kawan, memang pembanguan dekat kawasan itu sememangnya akan meletup. Aku tak boleh nak bayang, macam mana harga rumah kawasan itu nanti.  

So kawan-kawan, sekarang adalah masa untuk melabur dalam hartanah di kawasan persekitaran Batu Kawan. Kalau tak dapat beli rumah dekat kawasan itu, boleh ja cari dekat Nibong Tebal, Sungai Bakap, Jawi, Bukit Minyak, Bukit Tengah, Simpang Empat even may reach sampai Perak (Parit Buntar) dan juga Kedah (Bandar Bharu). Tak salah aku, kawasan itu still affordable kalu nak dibandingkan dengan Lembah Klang ataupun Pulau Pinang (bahagian pulau).

 

No comments: