Yeah, dah bersekolah, tapi...
Bila dah masuk musim persekolahan nie, macam-macam cerita aku dengar, daripada harga bas naik, makanan kanten yang semakin tinggi, sehinggalah ada cerita datuk membayar yuran dengan duit syiling untuk cucunya bersekolah. Haih.. Bukankah kerajaan telah memansuhkan yuran pengajian persekolahan? Tapi aku lihat, rata-rata masih ramai orang yang mengalami kesulitan untuk bersekolah. Siapa sepatutnya bertanggungjawab di atas kesan-kesan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku. Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Tapi dalam entry ini, aku tak mahu bercerita pasal semua itu, aku lebih nak cerita pasal duit poket sekolah. Dulu, masa aku sekolah, aku ingat lagi mak aku bagi 50 sen untuk buat belanja. 50 sen sahaja, dan cukup untuk aku sampai tengah hari. Air aku bawa dari rumah, breakfast dekat rumah, time rehat makan kuih atau nasi lemak. Dulu dekat kanten sekolah nie, ada jual nasi lemak 20sen. Kenyang makan. Sekarang ada?
Bila aku dah masuk sekolah menengah, mak aku dah bagi seringgit untuk buat belanja. Still cukup tue . Masa tue, sekolah form 1, sesi petang. Lunch tue memang dah melantak abis-abisan sudah kat rumah. Pergi sekolah naik bas sekolah setahun. Bas sekolah ada lambang epal.hahahah.. Form 2 aku kayuh basikal pergi sekolah. Belanja duit poket, seringgit lima puluh sen...cukup makan dan siap boleh simpan lagi. Cukup bulan aku beli buku Mutiara Naga dengan Mister Naga.
Masuk form 3 dan form 4, sekolah sangat dekat dengan rumah. Jalan kaki sahaja. Duit poket masih sama daripada dulu, tiada belanjawan dan peruntukan tambahan disebabkan jarak rumah dengan sekolah yang sangat dekat.
Masa form 5, aku masuk sekolah SMKI, jarak perjalanan rumah ke sekolah semakin jauh. Belanjawan tambahan diluluskan oleh 'kementerian kewangan', hahaha. Dengan lima ringgit untuk dua hari. Kayuh basikal lagi ke sekolah.
Seronok bila teringat balik zaman sekolah dulu-dulu. Aku jarang makan makanan berat kat sekolah macam nasi lemak ka, nasi goreng ka. Selalu makan kuih sahaja. Kuih feberet aku kuih burger. Aku pun tak faham sebab apa dipanggil burger. Ada sambal ja pun. hahahaha
Aku lebih kesian dekat ibu bapa yang terpaksa berkerja lebih masa untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna. Walaupun ada orang kata, kita rakyat Malaysia nie sudah cukup mewah dan tak tahu bersyukur, tapi apa yang berlaku mencerminkan keadaan sebenar rakyat Malaysia. Aku sedih..
P/S : Yuran taska anak aku pun dah naik. Ya, syukur, Malaysia masih aman...
7 comments:
mutiara naga dgn misteri naga mak lempaq buang dah. kah3
tue aaa...sampai lanie aku sedih...
ada kedai juai satu set penuh. kat penang. hahahah
sini pun ada, tapi yg dok ada nie pun kak hg mcm nk buang ja..hahhaha
tak mau bawak balek umah. nnti aku beli almari khas. yang menyemak dlm bilik tu ada nk kitar semula dan yg dah expelled pn ada
buku hampa semak rumah.buang dah.haha.(azizah)
yang dekat umah pun hg xjaga elok2...puii..
Post a Comment