Mula-mula aku dengar perkataan macai nie, aku sebenarnya tak paham apa tue macai. Seseorang ka, seekor binatang ka, sejenis kenderaan ka atau nama tempat. Bunyi tue ala-ala macam dialek chinese pn ada, macam loghat orang melayu pun ada. Tapi sekarang nie perkataan macai nie dah macam viral sangat-sangat dalam alam maya. Untuk mengetahu lebih lanjut, aku pun surfing laman web Dewan bahasa dan pustaka.
Memang perkataan macai ini tidak diiktiraf oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka. Disebabkan perkataan 'macai' itu seakan-akan perkataan 'pencacai', tiba-tiba aku pernah teringat satu adegan dalam filem P Ramlee, cerita Tiga Abdul. Ingat tak? Adegan semasa Abdul Wahud memperkenalkan mertuanya kepada kekasih barunya. Gelaran yang diberi kepada mertuanya itu 'pencacai tua angkat najis'.
Sekali lagi aku semak dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dan sekali lagi jawapan yang sama seperti 'macai'.
Menarik....
Menarik bukan sebab apa, menarik sebab perkataan pencacai tue telah Tan Sri P. Ramle guna pakai pada tahun 1964 lagi dalam filem Tiga Abdul. Sekarang sudah masuk tahun baru 2014. Ini baru satu perkataan. Kalau tak salah aku, banyak lagi rasanya perkataan-perkataan yang digunakan dalam bahasa seharian aku aku rasa tidak ada maksud khas untuk sesuatu perkara atau kejadian atau benda. Kalau tak salah aku la. Sebab hari ini aku just nk sentuh perkara 'macai' itu sendiri.
Kalau kita cuba google perkataan macai, kita akan dapati yang keluar dalam carian google web, hasilnya macam nie sahaja,
Sekali sekala menlihat status rakan-rakan di FB pasal macai, kadangkala buat aku tersengih sendirian. Kadangkala boleh gelak terbahak-bahak sehingga mengalir air mata..
P/S: P.Ramlee dah pakai perkataan 'pencacai' tue dah lama sangat dah, sejak 1964 lagi. Tapi tiada dalam perbendaharaan suku kata pun. erm....
No comments:
Post a Comment