Wednesday, January 29, 2014

Ultraman zaman anak-anak aku..

Ultraman zaman anak aku..

Ultraman Max
Ultraman Mebius
Walaupun aku sudah punya anak dua, namun aku masih melayan ultraman. Tapi bukan maksud layan tengok ultraman macam aku layan bola, tapi kira tengok jugak la. Bukan apa, teman anak aku tengok ultraman sama.

Dari dulu, sampai sekarang, sama sahaja plot cerita ultraman. Tapi, masih mendapat sambutan. Entah sudah berapa tahun sudah cerita ultraman nie, aku pun tak pasti.

Zaman aku dulu, melayan Ultraman Taro, Ultraman Seven dan yang aku paling ingat sekali Ultraman Ace Hakuto & Minami. Hakuto dan Minami nie stail kalau nak bertukar kena lompat sama-sama sambil cincin bertemu cincin gitu (tak salah aku la). hahahaa..

Walaupun zaman dah berubah, aku sekarang pun dah jadi bapak budak, ultraman masih tidak berubah. Masih mengekalkan ciri-ciri yang sepatutnya ultraman ada. Yang paling aku respect, gaya laser beam dikeluarkan tue. Maintain macam tue sahaja. Gaya yang memakan usia berkurun lamanya.

hahahahaa...




No comments: