Selamat tahun baru 2014..
Ramai yang dah tanam azam baru, niat baru, kemahuan baru, boleh dikatakan lah, semua baru.. Tarif elektrik pun tarif baru jugak kan..heheheh...
Aku pulak macam mana? Azam baru? Azam 2 tahun lepas pun tak settle lagi. Hahaha... Tapi kali nie aku ada mission aku sendiri.
Actually banyak jugak mission aku tahun nie. First and for most, family aku la. Wife aku terutama sekali. Aku mengharapkan terbaik kepadanya, dan aku memohon kehadrat Ilahi, semoga makbul doa kami. Sihat sejahtera hendaknya. Nikmat sebagai seorang sihat nie, memang lah macam orang kata, bila dah sakit baru kita tahu kenikmatan sebenar. Pasal nikmat sebagai seorang yang sihat, aku nanti cerita lain lah. Kali nie aku nak bercerita pasal 2014 sikit.
Semalam cukup 12.00 tengah malam, tiba-tida aku terdengar dentuman kuat kat luar. Kenal benar aku akan bunyi tue, bunyi limpahan bungai api di angkasa Putrajaya. Tapi, aku tak berminat menjadi penonton. Bosan? Mungkin juga. Tapi apa yang pasti, aku lebih terarah membaca di Twitter. Membaca lapuran live telicast dari dataran merdeka. Ada himpunan guling-guling katanya.
Tengak youtube, tengok blog-blog, baca berita, tak dak pulak guling-guling kat Dataran Merdeka semalam. Tapi memang ada himpunan semalam. Walaupun tiada rangkaian bunga api kat sana, namun nampak meriah, meriah bersebab.
Aku pula, kat rumah sahaja. Sambil-sambil memikirkan tindakan untuk misi-misi aku yang akan datang. Banyak tue misi aku. Salah satunya, pasang railing curtain yang dah terbantut seminggu.
Ya, misi aku 2014.... Pasang railing curtain..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment