Thursday, January 16, 2014

Flatus..

Apa yang anda tahu berkenaan tentang  flatus atau flatulensi
 
Karikatus berkenaan flatus (sumber)
 
Flatus adalah perkataan dalam bahasa Inggerisnnya dikenali sebagai fart. Flatus kebiasaan digunakan untuk merujuk kepada kata kerja di mana suatu perlakuan dilakukan sama ada sengaja atau tidak. Flatus kebiasaannya berlaku apabila seseorang mempunyai kembung perut dan perlu melepaskan angin melalui dubur. Angin yang dikeluarkan itu dipanggil flatus.
 
Di dalam sesuatu kandungan tertentu, flatus lebih terkenal sebagai kentut merupakan suatu perkataan dianggap kata-kata kotor yang sama dengan interperasi yang seringkali melucukan oleh itu kebiasanya dianggap tidak sesuai dalam situasi rasmi kerana ia boleh dianggap kesat atau menyakitkan hati. Flatus boleh digunakan sebagai kata nama atau kata kerja. Malahan perkataan "flatus" juga telah dimasukkan ke dalam ucapan sehari-hari dan teknikal beberapa pekerjaan, termasuk pengkomputeran.
  
Untuk pengetahuan semua, gas yang terkandung dalam flatus kebiasaannya mengandungi unsur karbon dioksida, hidrogen sulfida dan methanethiol. Terdapat juga unsur sulfur yang menyumbang kepada bau flatus. Bau pada flatus juga terhasil daripada bakteria didalam perut. Oleh itu, semakin bakteria yang terhasil, semakin busuk flatus yang dikeluarkan.
Secara umumnya, flatus nie tidak hanya berlaku kepada sesuatu jantina sahaja, tetapi lebih kepada gaya hidup seseorang. Bagi orang lelaki, melepaskan flatus tidaklah menjadi isu kerana bagi mereka, tidak apa yang perlu dirisaukan malahan mengeluarkan flatus itu menjadi cara untuk menghilangkan tekanan.  

Oleh itu, jangan lah kita gusar untuk mengeluarkan flatus. Jangan pula kita menahan diri daripada mengeluarkan flatus, kerana kandungan flatus itu sendiri sememangnya merbahaya untuk diri kita. 

Seperti mana yang dikatakan oleh Masha Milan dalam lagu Bebaskan (OST Frozen), kita bebaskan flatus daripada menghantui diri kita.

Sekian..

No comments: