Seronok kalau mengenang kisah-kisah lama. Kalau tengok gambar pun boleh tersengih sendirian. aku pun serupa. Tahun 1988.. Dah lama sangat dah gambar ini. Kami masih rapat sampai sekarang. Alhamdullilah..
Rambut tok wan hitam lagi masa nie. |
Keluarga kami memang selalu balik kampung sebab ayah bukalah seorang yang berada sangat. Memang payah la nak ada peluang tuk berjalan ka, nak melancong ka atau bercuti. So, asal cuti sekolah aja, memang balik kampung.
Dekat kampung, aku punya ramai kawan-kawan. Sepupu-sepupu aku pun ramai. Sebaya pulak tue. Mak ayah, mak saudara, ayah saudara memang rapat. Kalau setakat hendak menghantar kami ke Gunung Bongsu (rumah tok belah ayah), boleh sangat nak mintak tolong. Aku ingat sangat peristiwa ini sebab dapat naik Datsun putih. Aku memang kagum kalau dapat naik Datsun putih tue. Mak long nanti datang pick up kami kat kampung and bawa kami pergi Gunung Bongsu. Tak pernah pulak dengar Mak Long merungut sebab tolong kami, sebab bukan sekali dua, tapi banyak kali jugak la. Aku betul-betul appreciate dengan pertolongan dia.
Aku ada gambar Datsun putih tue, tapi rasanya hard copy. Nanti kena check balik dengan Azizah dekat mana gambar tue...hahahhaah....
No comments:
Post a Comment