Wednesday, January 1, 2014

Be positive..

Menjadilah seorang yang positif.

AKu sentiasa doakan dirikan aku serta orang sekeliing aku menjadi seorang yang positif. Aku cuba bersikap positif dan cuba membuang sikap negatif. Aku cuba mendidik aku lebih cenderung bertindak secara positif dan menjauhi perkara negatif.
AKu mencuba sedaya termampu...

InsyaAllah..

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Walaupun perkara yang berlaku itu bukan daripada kita sendiri tetapi daripada orang disekeliling kita. Sama ada sedar atau tidak, kita juga akan terkena tempiasnya. Mungkin juga apa yang berlaku itu ujian daripada Allah swt untuk menguji diri kita adakah kita ini dapat menahan diri dengan dugaan-dugaan can cabaran yang kita hadapi. Hanya Allah sahaja yang mampu melihat perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku. Siapa kita untuk menilai semua itu??

Oleh itu, jangan lah bersedih dengan perkara-perkara yang telah pun berlaku. Cubalah bersikap positif. Aku cuba bersikap positif walaupan kadang-kala unsur-unsur negatif itu datang daripada orang yang kita rapat dan kita sangjung.

Mungkin kadang-kala kita menilai sesuatu perkara itu dalam konteks yang kita sahaja yang melihatnya. Kita juga harus memandang suatu conteks atau situasi itu daripada sudut yang berbeza. Ada kalanya, pandangan kita terhadap sesuatu perkara itu sangat lah tidak baik untuk diri dan orang disekeling tetapi kita kena cuba untuk memperbaiki keadaan.

Sekiranya apa yang aku katakan sebelum ini mengguris perasaan ataupun meruntun jiwa, aku pohon kemaafan. Aku makhluk tuhan yang lemah. Sentiasa dibelengku dengan perasaan amarah yang tiba-tiba meletus. Ada pun perkara yang berlaku hanyalah suatu perkara yang tidak disangka akan berlaku, ia telah berlaku. Aku tidak menduga.

Aku mengharap aku lebih menjadi seorang positif.  Aku masih mengharap....



No comments: