Aku saja upload gambar nie. Nampak comel ja Syahmi. Masa nie Syahmi baru berumur satu tahun 6 bulan. Dibandingkan dengan sekarang, kiranya beza dua tahun gitu. Aku, kalau boleh nak potong saja rambut Syahmi macam botak macam nie, senang. Tak payah nak sikat-sikat. Syampu pun jimat. nak basuh pun mudah, sekejap ja dah basah. Namun, apa yang aku impikan hanyalah dongeng semata-mata. Mama Syahmi aka mama adik aka bini aku sudahpun mengelurakan tanda amaran yang keras, jangan botakkan anak kesayangan dia. Abis, aku pun sayang anak kah? Tetapi, kalau bab botak ini, mana ada kena mengena. kan... haih..confius...Tapi, buat masa sekarang, memang aku potong rambut Syahmi, tapi tak sampai tahap botak lagi. Aku follow jaa..
huhuhu..
Untuk rekod, rambut adik dari dulu sampai sekarang, aku sahaja yang potong. Even masa bercukur rambut pun, aku sendiri yang cukur rambut adik. Untuk Syahmi, hanya dua kali sahaja yang rambut Syahmi dipotong oleh orang luar, first semasa majlis bercukur dan second semasa buat umrah (seperti gambar di atas). Lain-lain, hanya ayahanda dengan ahli keluarga sahaja yang boleh memotong rambut adik dengan Syahmi.
Boleh gitu? Hehehehe
No comments:
Post a Comment