Sunday, January 5, 2014

Bersiar-siar di KLIA

Aku harap dapat jumpa Jahar dekat KLIA sebelum dia boarding...

Tapi aku tak sempat. Awai pulak Jahar check in kat KLIA. Adus... Tak mengapa, lain masa ada lagi tuk berborak-borak. Memang niat aku pun nk jumpa Jahar dekat KLIA sambil-sambil bawak bini dengan Adik & Syahmi jalan-jalan dekat KLIA,

Adik : Mana train nie

 
Memandangkan daripada Putrajaya ke KLIA ada train transit ERL, aku pun membawak budak-budak nie ambil pengalaman menaiki train. Syahmi, kalau bab naik public transport nie, exited dia lain macam sikit. Tapi adik, still setahun lebih, mungkin daripada segi appreciation dia tue kurang sikit. Tapi tak apa. Pengalaman kan.


Adik nampak rileks daripada Syahmi yang sememangnya tidak daat menyembunyikan perasaan teruja. Terlompat-lompat, tersengih-sengih. Memang excited sangat la. Adik, asyik merenung tingkap sahaja. Terpegun barangkali.

Dah sampai KLIA, kami pun bersiar-siar sambil melihat persekitaran. Tapi aku lebih nak tunjuk adik dengan Syahmi kapal terbang berlepas, mendarat and bagaimana kapal terbang parking.. Menarik, orang kampung katakan. hehehhehe



Tengok adik, senget badan-badan tengat kapal terbang. Syahmi pun sama naik..Minat sungguh dua beradik nie dengan kapal terbang.

Oklah Adik & Syahmi, nanti kita balik Penang, kita lepak kat Airport Bayan Lepas pulak..ok..



No comments: