Friday, January 31, 2014

Ultraman Adik..

Bertukar...


Semalam, tiba-tiba adik ambik topeng ultraman. Pakai sendiri pastu tunjuk dekat ayah.. heheheh. Dah pandai melawak dah anak ayah seorang nie. Cepat-cepat ayah ambik handphone untuk snap gambar.

Hiarh... Bertukar...

Kalau Syahmi pakai topeng nie, xsampai 5saat topeng nie boleh lekat kat muka, tapi adik, siap pusing-pusing satu rumah lagi nak tunjuk yang dia pakai topeng. Good job adik.. Nanti ayah cari topeng lain pulak. Topeng Ironman ka, Spiderman ka, Doraemon ka..


Wednesday, January 29, 2014

Maafkanlah mereka...

Kepada si pemaaf..

Sesetengah orang cakap nak maafkan seseorang itu mudah, tapi apa yang aku boleh lihat sebenarnya sangat-sangat susah. Tambahan jika sesuatu perkara menjadi turning point dalam hidupnya. Ini tidak kira apa sahaja jenis peringkat umur, darjat ataupun pangkat. Walaupun dalam politik sekalipun.

Tapi, bagi aku, eloklah kalau kita nie menjadi seorang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain. Mungkin apa yang berlaku pada masa lampau, mereka tidak sedar apa yang meraka lakukan kepada kita. Tetapi, kalau sekarang, mereka insaf dan mahu berbaik-baik semula, jangan kita menolak tangan mereka. Sambutlah dengan senyuman dan dengan kata-kata yang baik.

Tetapi apa yang aku bimbangkan apabila orang yang hendak minta maaf itu malu untuk memohon maaf, dan si pemaaf ini tahu akan situasi yang tersebut. Mereka mungkin malu kerana mereka sedar akan perlakuan mereka yang lampau. Jadi, jangan pula si pemaaf ini berasa mereka ini perlu mesti datang juga kepadanya walaupun mereka ini tidak punya upaya dan kekuatan. Eloklah jika si pemaaf ini menawarkan tangan dahulu. InsyaAllah, perkara yang baik akan berlaku dengan sendirinya.

Aku pasti kalau perkara diatas berlaku, mesti ada cakap-cakap sumbang akan terpancul dari mulut-mulut orang. Pedulikan. Bukan dengan orang-orang nie yang perlu kita cari, tetapi hanya mereka yang sememangnya ada keinginan untuk berbaik-baik dengan kita sahaja yang kita perlu utamakan. Orang yang hendak jadi baik, tidak akan bercakap tentang keburukan orang. Jadi, janganlah bimbang.

Yang pasti hulurkan tangan agak walaupun mereka tidak berbuat demikian. Senyumlah walaupun tiada orang yang membalasnya. Doalah agar pintu hati mereka terbuka luas dan berilah peluang untuk diri kita agar boleh maafkan diri kita sendiri dan orang sekeliling atas apa yang telah berlaku .InsyaAllah dan aku pasti, perkara yang baik sentiasa berlaku pada orang yang baik...

Amin..

Abang Botak..

Otai Putrajaya..
 

Hahahaha..

Aku saja upload gambar nie. Nampak comel ja Syahmi. Masa nie Syahmi baru berumur satu tahun 6 bulan. Dibandingkan dengan sekarang, kiranya beza dua tahun gitu. Aku, kalau boleh nak potong saja rambut Syahmi macam botak macam nie, senang. Tak payah nak sikat-sikat. Syampu pun jimat. nak basuh pun mudah, sekejap ja dah basah. Namun, apa yang aku impikan hanyalah dongeng semata-mata. Mama Syahmi aka mama adik aka bini aku sudahpun mengelurakan tanda amaran yang keras, jangan botakkan anak kesayangan dia. Abis, aku pun sayang anak kah? Tetapi, kalau bab botak ini, mana ada kena mengena. kan... haih..confius...Tapi, buat masa sekarang, memang aku potong rambut Syahmi, tapi tak sampai tahap botak lagi. Aku follow jaa..

huhuhu..

Untuk rekod, rambut adik dari dulu sampai sekarang, aku sahaja yang potong. Even masa bercukur rambut pun, aku sendiri yang cukur rambut adik. Untuk Syahmi, hanya dua kali sahaja yang rambut Syahmi dipotong oleh orang luar, first semasa majlis bercukur dan second semasa buat umrah (seperti gambar di atas). Lain-lain, hanya ayahanda dengan ahli keluarga sahaja yang boleh memotong rambut adik dengan Syahmi.

Boleh gitu? Hehehehe

Tak payah pakai Astro la kalau macam nie

Game pukul 4 pagi tadi, tapi aku baru tengok tengah hari tadi..

Ini baru pakai broadband. Belum pakai unifi lagi, belum maxis fiber lagi. Kalau aku pakai unifi atau Maxis Fiber, memang ada gaya aku terminate aku punya Astro. hahaha...

Memang aku ada cita-cita nak pakai unifi atau Maxis Fiber nie bila aku pindah rumah nanti. Tapi sebelum aku tukar semua itu, aku nak kena beli TV baru untuk rumah baru. Barulah betul. Semua baru. Jahanam poket aku. Baru nak tebal, compom kurus balik.

Pasal gambar tue, memang game bola pun. Liverpool dengan Everton. Perlawanan pagi tadi lebih kurang pukul 4 pagi. Liverpool menang pun 4-0, tapi pagi tadi aku tak tengok pun, aku tidur. Malaslah nak bangun. Tapi, aku tengok jugak game tue tengah hari dah tadi. Game memang laju. Tapi aku malas la nak review panjang-panjang pasal game pagi tadi sebab Liverpool dah menang. Hehehehhe...

Aku buat summary sikit pasal game derby pagi tadi.

Liverpool 4-0 Everton

Mignolet : 6.5/10 - berjaya menggagalkan beberapa cubaan baik daripada Everton, tapi distribution bola tidak begitu baik..
Flanagan : 8/10 - Mengawal kawasan pertahanan dengan baik.
Skrtel : 8/10 - Antara permainan yang terbaik 
Toure : 8/10 - Pertahanan kental dan berjaya membuat hantaran kepada Sturridge untuk jaringan ketiga
Cissokho : 7/10 - Agak baik, walaupun kadangkala dikalahkan Miralas
Gerrard : 8.5/10 - Permainan yang terbaik sebagai defensive midfield. Berjaya membuat jaringan pertama melalui tandukan.
Henderson : 8/10 - Membantu pertahanan dan membantu serangan tanpa henti-henti. Fitness yang hebat.
Coutinho : 8.5/10 - Terbaik semenjak kembali daripada kecederaan.
Sterling : 7.5/10 - Sentiasa memberi ancaman kepada pertahanan Everton, tetapi jarang membantu pertahanan.
Suarez : 8.5/10 - Larian dan jaringan hebat setelah melarikan bola dari tengah padang sehingga menjaringkan gol
Sturridge : 8/10 - Walaupun menjaringkan dua gol, tetapi mudah leka. Gagal untuk jaringan ketiga melaui penalti

Macam blog sukan la pulak. hahahaha

Ultraman zaman anak-anak aku..

Ultraman zaman anak aku..

Ultraman Max
Ultraman Mebius
Walaupun aku sudah punya anak dua, namun aku masih melayan ultraman. Tapi bukan maksud layan tengok ultraman macam aku layan bola, tapi kira tengok jugak la. Bukan apa, teman anak aku tengok ultraman sama.

Dari dulu, sampai sekarang, sama sahaja plot cerita ultraman. Tapi, masih mendapat sambutan. Entah sudah berapa tahun sudah cerita ultraman nie, aku pun tak pasti.

Zaman aku dulu, melayan Ultraman Taro, Ultraman Seven dan yang aku paling ingat sekali Ultraman Ace Hakuto & Minami. Hakuto dan Minami nie stail kalau nak bertukar kena lompat sama-sama sambil cincin bertemu cincin gitu (tak salah aku la). hahahaa..

Walaupun zaman dah berubah, aku sekarang pun dah jadi bapak budak, ultraman masih tidak berubah. Masih mengekalkan ciri-ciri yang sepatutnya ultraman ada. Yang paling aku respect, gaya laser beam dikeluarkan tue. Maintain macam tue sahaja. Gaya yang memakan usia berkurun lamanya.

hahahahaa...




Tuesday, January 28, 2014

Selfie..


Sekarang nie, kalau kita tengok dalam facebook, ramai sangat orang suka buat muka selfie. Kadang-kadang aku pun meluat orang selfie nie. Bukan hensem atau bertambah macho pun kalau selfie nie.

Aku, kalau ramai sangat atau sapa-sapa yang kerap sangat selfie nie memang aku hide notification dia dari dalam facebook aku. Kalau tak insaf dan tak sedar diri jugak, memang aku unfriend terus. Kalau masih tak insaf, malah bertambah-tambah penyakit selfie dia, memang aku.......

Haih....

Sekarang, Syahmi dah pandai pakai camera hanset mama dia. Sekali aku tengok, dia selfie la pulak. Aduh. Apa yang boleh aku katakan sekarang ini, penyakit selfie ini merupakan penyakit yang serius yang patut kita bendung sebelum ia menjadi barah dalam masyarakat kita ini.

Posted via Blogaway

Saturday, January 25, 2014

Nasi Lemak Istimewa belakang Sek. Ren. Agama Islahiah, Sg Besi

Aku tak tahu nak letak nama apa untuk nasi lemak mamat nie, sebab tak ada banner ka, papan tanda ka. Dan la gerai stail pacak khemah sahaja. Tapi, nasi lemak dia memang sedap.



Aku suka makan nasi lemak dia. Tak nampak sangat pun ada branding yang ada pada nasi lemak dia, tapi antara yang terbaik. Ayam rempah digoreng di situ juga, so memang panas-panas. Lokasi yang kedai pacak yang agak jauh daripada peniaga-peniaga lain, gerai ini dapat bertahan. Sudahlah dengan kedudukan yang kurang stretategik di belakang Sekolah Rendah Agama Islahiah, Sungai Besi.

Yang membuatkan aku rajin berulang makan nasi lemak dekat sini antara salah satu tarikan, ayam dia. Menarik, dan hati boleh tertawan.

Sesiapa yang rajin mencari makanan dekat dengan pekan Sungai Besi, boleh la menyinggah gerai nasi lemak nie. Tapi, bungkus sahaja. perkhidmatan untuk makan dekat situ tidak disediakan...

Kenari Upgraded..

No more Kenari, sekarang dah upgrade menjadi Helang. Siap mengamuk lagi ... hahahah


myMetro pun, bagi tajuk. Tak ingat. Propa gitu....

Tapi, apapun ucapan tahniah atas kemenangan pertaman Kedah pada Liga Perdana (huhuh..liga perdana). Semangat yang harus dikekalkan.




Macam member aku cakap, 'Kenari Upgrade'. Dulu terbang tinggi, tapi sekarang terbang sampai ke angkasaraya. Dah upgrade jadi helang katakan. Barangkali itu la maksudnya dengan 'kenari upgrade'.

Antara laporan myMetro, Kedah bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Perlis pada saingan Liga Perdana di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Perlis di bawah bimbingan Mohd Reduan Abdullah bagaimanapun di depan terlebih dulu menerusi gol sumbangan penyerang Farizal Rozali pada minit ke-22 selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol lawan Mohd Muhaimin Mohamad.
Tersentak dengan jaringan pembukaan pasukan pelawat itu, Kedah menggandakan asakan dan akhirnya perancang utama Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan 10 minit kemudian.
Anak buah David Mitchell terus membuat Perlis derita apabila menambah gol ketiga menerusi Syazwan Zainon seminit sebelum tamat perlawanan.
Bersambung babak kedua, Kedah menambah gol keempat menerusi Mehmet yang menewaskan dua pertahanan lawan sebelum meleretkan bola ke penjuru kiri gawang gol lawan pada minit ke-82. (sumber)
.....
P/S: Aku berasa dalam MyMetro nie ada fan Kedah FA jugak la, asal Kedah menang ja, mesti masuk paper, kalau kalah senyap ja....atau mungkin perasaan aku ja kot.hehhehe..

Update dari kawan aku, mohd Sharawfi,

Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol penyamaan

Billy Mehmet dengan jaringan kedua melalui penalti

Syazwan Zainon melebarkan jurang gol dengan jaringan ketiga
Kedah 4 - 1 Perlis

Friday, January 24, 2014

Kemoterapi untuk kanak-kanak?

Entry nie lebih kepada sambungan daripada entry kesan kemoterapi, bagaimana hendak menghadapinya.

Semasa aku menulis entry di atas tersebut, skop pengalaman aku lebih kepada orang dewasa yang mana mempunyai daya tahan diri yang kuat dan memerlukan sokongan emosi. Tapi aku terlupa yang ada juga kemoterapi ini diperlakukan kepada kanak-kanak ataupun bayi.

Bagi aku, pada saat dan ketika itu, emosi yang paling terganggu merupakan ibu dan ayah kanak-kanak itu sendiri. Begitu banyak kerisauan dan permasalah yang bermain di minda ibu dan ayah, masakan tidak, yang menanggung adalah anak yang disayangi.

Aku sebenarnya tidak dapat membayangkan situasi kanak-kanak kecil tersebut. Walau sekalipun, tak mungkin aku dapat membayangkan situasi tersebut. Sebab aku cakap begitu kerana aku dan isteri punya dua orang cahaya, adik dan Syahmi. Kalau salah seorang demam, dalam hati ini, hanya Allah sahaja tahu betapa risaunya kita sebagai ibu dan ayah. Itu baru demam.

Apa yang aku leh ucapkan, aku mengharapkan ibu dan ayah yang mana anak-anak melalui proces kemoterapi, mohon sangat-sangat tabah dan berserah kepada Allah. Itu semua dugaan daripada Nya. Pastikan anak-anak berada dalam keadaan selesa sehabis mungkin. Jangan biar mereka keseorangan. Pastikan mereka tahu yang ibu bapa mereka sentiasa disisi mereka, menyayangi mereka dan sentiasa menemani mereka.

Semoga Allah membantu perjalanan kanak-kanak yang menjalani kemoterapi supaya cepat sembuh dan aktif seperti mana kanak-kanak biasa.

Amin..

Budak-budak duduk asrama memang macam nie..

Hari nie hari Jumaat, solat Jumaat...







Untuk pengetahuan semua, ini semua pandangan normal pelajar-pelajar asrama sebelum solat Jumaat. Siapa yang pernah duduk asrama, memang pernah melalui suasana sebegini. Aku sebenarnya tak marah, tapi lebih terasa terhibur hati sebab terkenang kenangan silap. Biasa la adik-adik oii..nak tunggu solat tue, kurang -kurang kena duduk dalam masjid  sejam sebelum masuk waktu...


Nak beli rumah, tapi...

Realitinya, rumah sekarang memang mahal..


Dan aku dan wife rasa bernasib baik kerana sempat membeli rumah nie..

Suatu hari, salah seorang kawan aku menyatakan hasrat untuk membeli rumah di antara Shah Alam dengan Putrajaya. Memandangkan aku sekarang berkerja dengan syarikat perumahan (walaupun baru 6 bulan), dan dengan penuh rasa penuh ilmu di dada, aku pun berhasrat untuk menolong kawan aku nie.

Harga rumah, RM350k ke bawah, ok..
Lokasi antara Putrajaya dan Shah Alam, ok..
Atas tanah, ok..

Keesokkan harinya, aku pun menyatakan hasrat aku kepada rakan sekerja di bahagian Pembangunan Strategik. Dan jawapan yang aku terima sangat-sangat mengecewakan. Tiada projek perumahan baru yang menepati ciri-ciri yang diperlukan, kecuali rumah second hand. Then, aku cuba Whatsapp kawan aku tue nak bercerita lebih lanjut hasil siasatan aku tue sambil makan di gerai Nasi Ayam Sungai Kantan. Tegur-tegur, tak jawab. Tegur dalam group, tak jawab. Dah petang baru bagi tahu dia tidur. Kerja sampai pukul 8.00 pagi, Ciss.. Patut la pun.

Tapi, apa yang aku nak sampaikan bukan pasai kawan aku tue, tapi situasi atau keadaan sekarang ini. Harga rumah sekarang mahal. Itu realiti. Sesiapapun tidak boleh mentakwilkan kenyataan itu.

Aku antara golongan yang sempat juga membeli rumah didalam kemampuan aku. Walaupun berkongsi pinjaman kewangan dengan bini aku, tetapi kami berjaya memiliki rumah. Kalau nak mengharapkan dengan gaji aku sekarang ini, aku rasa pinjaman perumahan pun tak lepas.

Aku nak kongsi pengalaman aku semasa aku duduk apartment dekat Puchong Prima. Kiranya duduk rumah bujang dengan kawan-kawanku. Tuan rumah pernahmenawarkan rumahnya kepada aku dengan nilai RM125k. Masa itu, manalah aku mampu dengan kerja tak sampai 2 tahun. Tapi sekarang nie harga dah mencecah RM 250k. Untuk pengetahuan, sekarang nie depan apartment tue, sedang dibina stesen MRT. Aku menjangkakan bila projek MRT siap sepenuhnya, harga apartment boleh menceceh RM400k. Rasa rugi pulak tak ambik dulu..

Tapi, rezeki setiap orang lain-lain. Tak dapat beli rumah dekat Puchong, aku dapat beli dekat Sepang. Alhamdullilah.

Apa yang aku risaukan, harga rumah sekarang nie sememangnya mencanak naik. Gaji aku pulak, huh.. Aku malas nak komen sebab baru kerjakan. huhuhu

Cuma, nasihat aku kepada kawan-kawan semua, kalau ada peluang membeli rumah dikawasan yang berpotensi, tolong jangan lepaskan peluang tue. Ini aku dengar katanya nak beli rumah dekat kampung sebab lebih murah. Betul kenyataan tue, tapi macam aku cakap la, peluang keemasan, tolong jangan lepaskan sebab melabur kepada rumah, bagi aku tidak rugi malah menguntungkan. InsyaAllah.. Kalau nak beli rumah dekat kampung pun, tak ada masalah. Jual rumah dekat sini, beli dekat kampung.. Tak dak isukan..




Thursday, January 23, 2014

Bila adik dah boleh panjat katil..

Eh, adik dah makin tinggi. Dah boleh panjat katil..







Sebenarnya aku risau. Risau akan keselamatan adik bila aku terlepas pandang. Kalau Syahmi turun naik katil, aku tak risau sangat, tapi sebab cara Syahmi turun naik katil dah macam orang dewasa, dan adik pula kelihatan terikut-ikut rentak Syahmi.

Kalau panjat tue, kira normal lah, tapi bila turun tue yang buat aku risau sikit. Apa tidaknya, budak-budak turun katil, badan selalu mengadap katil supaya boleh berpaut, tapi adik badan membelakangi katil. Tue yang buat aku cuak tue.

Haih,, Adik- adik, nak kena training lagi nie.

Dah pagi dah, tapi aku baru nak tidur..

Selamat pagi semua, tapi aku baru nak tidur..

Ngantuk sangat-sangat. Dah pagi dah pun. Rasanya macam baru lagi makan malam. Sedar tak sedar dah pagi. Untuk yang nak ke pejabat, sabar dulu. Awal lagi. Untuk yang sedang menonton TV tue, dah pagi kot, takan nak tonton TV lagi. Siap-siap untuk pergi kerja. Untuk ibu bapa yang nak kena siapkan anak-anak mereka, bagi anak tue tidur dulu. Kesian kat mereka.

Dan aku pulak, mesti tidur dulu walaupun dah pagi nie. Nanti nak kerja lagi. Haih..dunia-dunia...

Jam menunjukkan jarum panjang halus masih bergerak, jarum panjang tebal pada angka 3. Manakala jarum tebal pendek diantara angka 12 dan angka 1.

Selamat pagi semua....

Tuesday, January 21, 2014

Kesian Syahmi..

Kesian Syahmi, bosan duduk rumah...


Kesian dia, duduk rumah, berkawan dengan tok ma dan mama dia sahaja dekat rumah. Adik pergi taska, so teman bermain dah jadi terhad.

Kenapa tidaknya, kalau ikut sirah terdahulu, Syahmi masuk taska sejak dia berumur 3 bulan lagi sehinggalah dia berumur 3 tahun 4 bulan. Disebabkan kalau mengikut kalendar masihi, Syahmi sepatutnya dah masuk tadika dah mulai 2 Januari yang lalu, tapi disebabkan kami sekeluarga memang berhajat nak pindah rumah dekat Sepang, macam tak berbaloi ja Syahmi masuk tadika. Nanti nak kena register tadika kat Sepang balik.

So Syahmi, sabar dulu. Nak main helmet ayah pun, ayah bagi . Nanti dah pindah nanti, ayah & mama cari tadika dekat Syahmi dan adik, taska baru. Boleh jumpa kawan baru, boleh jumpa cikgu baru, boleh pakai baju baru. Buat masa sekarang, sabar dulu ok...


Begini rupanya dunia blogger....

Ooo.. Begini rupanya, aku baru tahu..


Beginilah rupanya blogger-blogger yang aku sempat jumpa semalam. Still makan nasi goreng kampung, still makan tomyam, still makan cucur, still makan dadih, dan still french fries. Heheheh..

Anyway, selamat berkenalan. Tunjuk ajar kalian ku tagih.. Maklumlah, aku still baru dalam dunia blogging nie...heheheh

Kesan kemoterapi, bagaimana hendak menghadapinya..

Teruk.. Walaupun aku tidak mengalaminya, tetapi aku faham sangat kesukaran orang yang menjalani chemo...



Kalau orang tanya aku apa yang paling teruk semasa chemo, aku akan cakap, emosi pesakit. Emosi pesakit yang menjalani chemo sememangnya sangat-sangat sensitif. Dan ya, mereka mengalami semua kesan-kesan ini, tapi sekiranya emosi mereka tidak dijaga, dikawal dan tidak ditenteramkan, sememangnya boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk daripada apa yang kita sangka.

Selalu kalu orang tengok orang yang kena chemo selalunya botak kepala, bagi aku, itulah kesan yang paling ringan yang dihadapi oleh pelasikt yang melaui proses chemo. Bukan apa, rambut yang gugur, boleh tumbuh kembali. Malah rambut yang gugur, sedikit pun tidak mendatangkan kesakitan mahupun kesengsaraan.

Tapi, apa yang aku paling risau, status darah pesakit selepas chemo. Sangat-sangat bahaya sebab dengan sel darah merah rendah (kurang oksigen dalam badan), sel darah putih rendah (antibodi badan rendah sangat-sangat), platlet rendah (darah cair dan tak boleh membeku dengan baik). Kesemua nie akan contribute kepada masalah-masalah lain seperti lesu, radang mulut, mudah mendapat jangkitan, even kalau demam sekalipun, pesakit akan mengalami kesan yang sangat serius kerana badan pesakit tidak dapat menahan atau melawan kuman@virus yang menyerang badan. Ini disebabkan antibodi badan yang rendah. Kesemua ini akan menjadikan chain reaction  yang buruk kepada tubuh badan pesakit.

Tapi macam aku cakap mula-mula tadi la. Emosi itu penting. Daripada kawalan emosi yang baik, dapat membentuk moral pesakit melawan penyakit bertambah kuat. Minda sangat-sangat memainkan peranan yang penting di situ.

Oleh itu, sekiranya ada orang terapat atau kenalan-kenalan ataupun ahli keluarga yang menjalani kemoterapi, tolong lah, tolong lah, beri mereka semangat. Beri mereka kata-kata semangat, motivasikan mereka. Pastikan mereka daam keadaan emosi yang terkawal. Dan yang penting, jangan mereka bersendirian, kerana kalau mereka bersendirian, akan ada perasaan-perasaan negatif yang akan membisik-bisik kedalam sanubari mereka yang boleh menyumbang kepada kemurungan.

Aku menulis perkara ini berdasarkan kepada pengalaman sendiri dan aku pasti setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin, bagi aku dengan pengalaman-pengalaman aku yang cetek ini, sekurang-kurangnya dapat membantu orang lain yang mungkin berada dalam situasi seperti ini. Dan akhir sekali, jangan lupa kepada yang Maha Esa. Itu yang penting sekali..

P/S: Mungkin ada benda yang aku silap tulis, so kalau ada salah silap, tolong betulkan noo...

Monday, January 20, 2014

Appraisal la pulak..

Haih..


Agak-agak ada bonus ka? Baru kerja 5 bulan ++... Belasah sahajalah labu.. Kalau ada rezeki, kalau tiada, aku redho...

P/S: Mengharap jugak la kan...hehehhe

BMT at HUKM

Eh, sama la..

Gambar tue sama la dengan apa yang ada dalam ward. Tak lebih, tak kurang. Kalau ada astro dan internat, mesti lagi best. Tapi ward nie Makna punya. Kalau dapat sponsorship daripada Astro dan TM , tak la boring sangat patient dalam ward tue. Dah la kena kuarantin, memeng boring gila lah patient nie...

Kalau nak tunggu sponsorship daripada company-company macam Media Prima ka, Astro ka, TM ka, harapan la...

P/S: Macam mana aku nak highlight dekat mereka-mereka nie supaya buat khidmat masyarakat  dekat hospital....erm... Any idea?

Apa itu Stem Cell Transplant..

Apa itu stem cell..
Sumber gambar di sini

Stem cell merupakan sel asas untuk tubuh badan. Bagi aku, aku lebih suka menyebutnya sebagai ibu sel. Ini disebabkan sel ini mempunyai keupayaan untuk memperbaharui diri mereka sendiri atau berubah untuk menjadi sel-sel khusus dengan fungsi yang lebih khusus, seperti sel-sel darah, sel-sel otak , sel-sel otot jantung atau tulang.


So, kenapa perlu trasplan?

Stem cell transplant nie merupakan menggantian stem cell dalam badan menggantikan stem cell yang baru. Tetapi sebelum procedure transplant dilakukan, stem cell didalam badan perlu dihapuskan dengan menggunakan kaedah kemoterapi atau lebih dikenali dengan reconditional chemotrapy. Pada ketika kemoterapi ini, regim kemotrapi yang kuat digunakan untuk memusnahkan stem cell dalam badan.

Tujuan utama transplant ini dilakukan adalah untuk badan menerima sel baru dan memperbaharui sel-sel badan tanpa ada sebarang jangkitan pada stem cell. Pada masa sekarang ini, stem cell transplant ini digunakan sebagai kaedah menyembuh penyakit kanser yang berkaitan dengan darah. 

Prosedur untuk transplant ini hampir sama dengan pemindahan darah. Stem cell ini akan disalurkan ke dalam salur darah dan akan diangkut melalui saluran darah, kemudian berakhir di dalam sum-sum tulang. Di sini stem cell akan menghasilkan stem cell baru sehingga ia stabil.
 
Proses ini kebiasaannya akan mengambil masa beberapa minggu untuk sum-sum tulang untuk pulih, setelah s
tem cell dipindahkan. Dan mada masa ketika ini, stem cell akan menghasilkan sel-sel darah yang baru. Pada masa ini pesakit perlu dipantau dengan rapi. Antibiotik diberi untuk mengurangkan risiko jangkitan. Selain itu, ubat yang diberikan untuk membantu merangsang stem cell membiak secepat yang mungkin.

P/S: Nampak macam senang kan, tapi procedure nie semangnya mahal. Ada kata 30k, ada kata 50k.. Apapun nanti aku compom kan balik nanti noo...

Yes is not so yes inside here...

Haiyaa..


Aku mengharapkan bila dah berkampung dalam ward nie, kot-kot lah ada internet, tapi biasa lah, hospital nya internet memang dikhaskan untuk staff dia sahaja. Itu tak menjadi issue sangat, so aku pun ambik inisiatif lain, purchase another broadband. Yes.

Harapan menggunung jugak lah bila dah pakai Yes nie. Bukan apa, benda baru kan. performance mesti bagus daripada yang sedia ada walaupun di dalam ward. Tapi, harapan tinggal harapan. Satu bar sahaja??... Aduh..

Mungkin sebab dalam bangunan kot, sebab tue lah signal tak berapa ok, tapi aku nya Celcom nya line ok aja.

Huhuhu...




Pasal gambar screen handphone tue, jangan kutuk sangat tau. Aku letak tue sebab nak tunjuk coverage Celcom dalam bilik ward nie still the best kalau hendak dibandingkan dengan broadband Yes. huhuhuh

P/S :  Aku tau la aku masih pengguna BB yang setia. Hahhahahah...



The journey began tonite...

Tonite, we begin our journey...



Unit transplantasi sel stem, HUKM..

Aku dan wife hari nie check in HUKM lebih kurang pukul 10.30 malam. Dalam unit nie, hanyalah satu tujuan iaitu untuk Stem Cell Transplant. Kenapa nak kena transplant, nanti pelan-pelan aku ceritakan sebab cerita nya sangat panjang. Dari semenjak Syahmi umur 3 bulan lagi, sampai sekarang.

Apapun aku pinta dan berdoa agar kami sekeluarga memperoleh kekuatan untuk menghadapi kesemua procedure yang telah diatur oleh pihak HUKM.

Dan, ya, perjalanan kami untuk tranplant ini bermula malam ini..

Semoga Allah SWT melindungi dan memberkati kami sekeluarga dalam menghadapi segala dugaan yang telah disediakan kepada kami sekeluarga.

Amin..

Sunday, January 19, 2014

Ready to move in..

Overall, rumah aku memang sudah sedia untuk diduduki....
curtain pun dah siap..
Alhamdullilah. Siap dah semua, dapur dah siap, grill dah siap, curtain pun dah siap. Basuh rumah pun sudah. Tunggu masa untuk masuk sahaja. Dapur dan grill aku upah orang, tapi curtain semua, aku buat sendiri. bila dah siap tue rasa banga la pulak. tapi, yang penting, rasa puas hati dengan kualiti yang kita sendiri buat.

AKu sebenarnya tak sabar untuk masuk, apapun aku tunggu setelah bini aku selesai medical treatment dia. Expected to move in around mid Feb. hehehheh

Pasnie senang sedap la sikit. Dah ada rumah sendiri, tak payah fikir-fikir nak naik tangga atau lift. Nak hidup berjiran pun sedap sikit, tak gitu Ben Ashaari? hehehhe..

Saturday, January 18, 2014

Joe Char Keow Teow at Puchong Prima..

Pernah datang sini?


Meriah kat warung nie..

Menu hanyalah seperti berikut

habis sudah...hehehhe

tukang masak from utara..

Skill memasak yang ditunjukkan..


Berapi-rapi tue..

Semalam, tiba-tiba bini aku cakap nak makan char keow teow sedap. Setahu aku, kat mana lagi seda selain sini. Banyak dah tempat aku penah pergi untuk makan char keow teow, tapi kalau area lembah Klang nie, rasanya kat Puchng Prima nie ja yang terbaik. Kalau tak salah aku owner tue orang utara, so rasa char keow teow memang macam masakan orang utara.

Kalau dekat utara, masakan ini kebanyakkan ada di Penang. Memang banyak tempat yang mana sedap kalau nak makan char keow teow nie. Tapi daam banyak-banyak ute, tempat favorite aku dekat Bukit Mertajam. Sebelah Alka Ria, sebelah Pos Malaysia.So, kalau aku makan mana-mana char keow teow pun, aku akan compare dengan char keow teow dekat Bukit Mertajam. So far, kalu area Lembah Klang nie, Joe Char Keow Teow antara terbaik pernah aku makan.

Tapi, masa makan semalam, sebelum aku nak jamah, aku terlupa la nak ambik gambar char keow teow aku tue. Sedar-sedar dah habis. So, aku ambil gambar pinggan jer lah. hehehehe. Sori-sori...

Apapun, Joe Char Keow Teow, aku recomand...hehehhehe

Thursday, January 16, 2014

Flatus..

Apa yang anda tahu berkenaan tentang  flatus atau flatulensi
 
Karikatus berkenaan flatus (sumber)
 
Flatus adalah perkataan dalam bahasa Inggerisnnya dikenali sebagai fart. Flatus kebiasaan digunakan untuk merujuk kepada kata kerja di mana suatu perlakuan dilakukan sama ada sengaja atau tidak. Flatus kebiasaannya berlaku apabila seseorang mempunyai kembung perut dan perlu melepaskan angin melalui dubur. Angin yang dikeluarkan itu dipanggil flatus.
 
Di dalam sesuatu kandungan tertentu, flatus lebih terkenal sebagai kentut merupakan suatu perkataan dianggap kata-kata kotor yang sama dengan interperasi yang seringkali melucukan oleh itu kebiasanya dianggap tidak sesuai dalam situasi rasmi kerana ia boleh dianggap kesat atau menyakitkan hati. Flatus boleh digunakan sebagai kata nama atau kata kerja. Malahan perkataan "flatus" juga telah dimasukkan ke dalam ucapan sehari-hari dan teknikal beberapa pekerjaan, termasuk pengkomputeran.
  
Untuk pengetahuan semua, gas yang terkandung dalam flatus kebiasaannya mengandungi unsur karbon dioksida, hidrogen sulfida dan methanethiol. Terdapat juga unsur sulfur yang menyumbang kepada bau flatus. Bau pada flatus juga terhasil daripada bakteria didalam perut. Oleh itu, semakin bakteria yang terhasil, semakin busuk flatus yang dikeluarkan.
Secara umumnya, flatus nie tidak hanya berlaku kepada sesuatu jantina sahaja, tetapi lebih kepada gaya hidup seseorang. Bagi orang lelaki, melepaskan flatus tidaklah menjadi isu kerana bagi mereka, tidak apa yang perlu dirisaukan malahan mengeluarkan flatus itu menjadi cara untuk menghilangkan tekanan.  

Oleh itu, jangan lah kita gusar untuk mengeluarkan flatus. Jangan pula kita menahan diri daripada mengeluarkan flatus, kerana kandungan flatus itu sendiri sememangnya merbahaya untuk diri kita. 

Seperti mana yang dikatakan oleh Masha Milan dalam lagu Bebaskan (OST Frozen), kita bebaskan flatus daripada menghantui diri kita.

Sekian..

Hari yang menyibukkan..

Adoi.. Banyak pulak yang nak kena buat hari ini..

1. Performance Evaluation nk kena settle gak hari ini sebab esok cuti
2. KPI pun nk kena submit hari nie sebab esok cuti
3. Training paper pun nak kena settlekan hari ini jugak sebab dah delay...

Adooi...
Tekanan-tekanan..


Wednesday, January 15, 2014

Masjidil Haram dalam pengubahsuaian...

Berbeza betul gambar 2 tahun lepas dengan sekarang nie..
Gambar pada 15 Februari 2012

Gambar pada 11 Januari 2014. Sumber daripada iHaram Salaah Archives
Sungguh banyak perubahan yang berlaku dekat Mekah. Subhanallah.. Sememangnya sekarang major renovation sedang dijalankan dekat Mekah. Pernah diberitahu bahawa pengubahsuaian Masjidil Haram nie akan berlaku sampai jadi seperti gambar model kat bawah...
Scale model Masjidil Haram selepas pengubahsuaian.
Rindu pula nak menjejakkan kaki ke Masjidil Haram..

Semoga Allah SWT menjemput aku sekeluarga untuk ke Mekah lagi... AMin..

Ipomoea aquatica..

Untuk pengetahuan semua, ipomoea aquatica adalah sejenis sayur..


Ipomoea aquatica atau dalam bahasa saintifiknya lebih dikenali sebagai kangkung  merupakan tumbuhan semiaquatic yang mana tumbuhan tropika ditanam sebagai sayuran daun. Ia didapati di seluruh kawasan tropika dan subtropika di dunia.  

Ipomoea aquatica juga dikenali sebagai Phak bung di Thailand, " Rau Muong " dalam Vietnamese, Kalmi Shak dalam Bengali, dan kangkung dalam Bahasa  Indonesia. 
 
Ipomoea aquatica tumbuh di dalam air atau di tanah lembap. Batang adalah 2-3 meter ( 7-10 kaki) atau lebih panjang, perakaran pada nod , dan mereka adalah berongga dan boleh terapung . Daun berbeza dari biasanya berbentuk kepala anak panah untuk berbentuk pisau pembedah, 5-15 sentimeter ( 2-6 in) panjang dan 2-8 sentimeter ( 0,8-3 dalam) luas. Mempunyai bunga yang berbentuk sangkakala , 3-5 sentimeter (1-2 in) diameter, biasanya berwarna putih dengan pusat ungu muda . Bunganya boleh membentuk buah biji yang boleh digunakan untuk penanaman. 

Untuk pengetahuan semua, Ipomoea aquatica boleh digunakan dalam perlbagai masakan seperti masakan berasaskan cili, masakan berasaskan belacan malah kangkung ada juga digunakan dalam hidangan Yong Tau Fu





Diharap dengan penjelasan yang pendek ini berkenaan Ipomoea aquatica dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sekian..