Saturday, January 4, 2014

Dapat kerja di Brunei

Ini cerita kawan aku la, bukan aku..


Hensem tak? Nie kawan aku nie. Nama dia Jahar. Orang hensem, from Kelantan.
Baru-baru nie Jahar dapat offer untuk setup safety guidline (tak salah aku la) dekat Brunei. Brunei tue bro. Tahniah Jahar. Akhirnya tercapai jua hajat mu untuk berhijrah  dan akhirnya Brunei tempat penghijrahan. So dah sampai kat sana, apa pendapat mu kat sana? Bereh kow booh?

Untuk pengetahuan, memang lama dah Jahar berhajat untuk berhijrah. Lama sangat. Tapi, dia nie sungguh-sungguh bersabar. Akhirnya kesabarannya berbalas. Susah jugak kalau kita hendak berhijrah kalu dengan komitment dan kekangan keluarga macam aku, tapi Jahar, aku tabik spring...

Aku rasa untuk berhijrah perkerjaan, bagi aku sangat susah. Aku pelik dan hairan sebab kadang-kala ada sahaj orang yang berhijrah kerja lebih daripada sekali dalam masa setahun. Sekali berhijrah, tangga gaji berubah. 3 kali berhijrah, gaji dah naik sekali ganda. Mungkin itu rezki dia. tak baik kita dengki, sepatutnya kita doakan kesejahteraannya, manalah tahu, ALlah kan sangat pemurah, kemudia-meudia, giliran kita pulak..hehehehhe.

So, lepas-lepas nie payah la aku nak join reunion (boleh diketegorikan kot)dekat kedai mamak kat Bangi dengan Jahar,Yoo mahupun Idan. hahahahah. Apa-apa pun, aku ucapkan selamat berjaya ditempat orang Jahar.

P/S : Jahar, sorry  la pagi tadi sebab lewat ke KLIA. Tak sempat nak jumpo. hhuhuhu.. Nanti balik, roger-roger la. Boleh lepak dekat Bangi lagi.



2 comments:

Ahmad Nazhrulhusna Mohd Zain said...

Nate apo nama aku pun ada. Haha

Fauzi Noordin said...

hahaahah...promote tue..hahahha