Saturday, January 25, 2014

Kenari Upgraded..

No more Kenari, sekarang dah upgrade menjadi Helang. Siap mengamuk lagi ... hahahah


myMetro pun, bagi tajuk. Tak ingat. Propa gitu....

Tapi, apapun ucapan tahniah atas kemenangan pertaman Kedah pada Liga Perdana (huhuh..liga perdana). Semangat yang harus dikekalkan.




Macam member aku cakap, 'Kenari Upgrade'. Dulu terbang tinggi, tapi sekarang terbang sampai ke angkasaraya. Dah upgrade jadi helang katakan. Barangkali itu la maksudnya dengan 'kenari upgrade'.

Antara laporan myMetro, Kedah bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Perlis pada saingan Liga Perdana di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Perlis di bawah bimbingan Mohd Reduan Abdullah bagaimanapun di depan terlebih dulu menerusi gol sumbangan penyerang Farizal Rozali pada minit ke-22 selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol lawan Mohd Muhaimin Mohamad.
Tersentak dengan jaringan pembukaan pasukan pelawat itu, Kedah menggandakan asakan dan akhirnya perancang utama Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan 10 minit kemudian.
Anak buah David Mitchell terus membuat Perlis derita apabila menambah gol ketiga menerusi Syazwan Zainon seminit sebelum tamat perlawanan.
Bersambung babak kedua, Kedah menambah gol keempat menerusi Mehmet yang menewaskan dua pertahanan lawan sebelum meleretkan bola ke penjuru kiri gawang gol lawan pada minit ke-82. (sumber)
.....
P/S: Aku berasa dalam MyMetro nie ada fan Kedah FA jugak la, asal Kedah menang ja, mesti masuk paper, kalau kalah senyap ja....atau mungkin perasaan aku ja kot.hehhehe..

Update dari kawan aku, mohd Sharawfi,

Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol penyamaan

Billy Mehmet dengan jaringan kedua melalui penalti

Syazwan Zainon melebarkan jurang gol dengan jaringan ketiga
Kedah 4 - 1 Perlis

No comments: