Wednesday, January 1, 2014

Mencantum kembali kasih yang lama

Aku ingin mencantum kembali kasih yang lama..

Tok wan...

Pernah sekali aku berborak-borak dengan tok wan berkisah cerita-cerita lama. Hubungan-hubungan kekeluargaan yang terdahulu. Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu. Tok wan suka dan gembira kalu mengingat kembali cerita-cerita lama. Aku pernah mengajak dengan serius untuk pulihkan hubungan yang lama yang tidak bertaut itu. Aku lihat mata tok wan berair, tapi airnya masih tidak melimpahi kelopak mata. Terus aku bertukar cerita lain.

....

Nampaknya aku berkerja sendirian. Bagaimana aku harus teruskan hajat aku. adakah aku hanya bergerak bersorangan. Bingung.. Aku perlukan bantuan mereka yang memahami. Aku tahu mereka juga tidak mahu perkara ini daripada berterusan, lalu bantuan kalian aku perlukan.

....

Suasana diseberang sana aku rasakan sangatlah tidak aku ketahui. Lenggok badan, susun atur langkah juga aku kurang pasti, sumbang atau tidak. Kena atau tidak. Tapi niat aku adalah satu, menjalin semula hubungan lama yang telah lama tercarik.

Jikalau susah untuk berkata-kata, bagi tulisan aku yang berkata-kata. Kalian hanya perlu sampaikan sahaja lembaran ini kepadanya... Akan aku lukirkan isi disebalik sini agak di sana jelas segalanya...

Kalian..Tolong Daku...

No comments: