Tuesday, January 21, 2014

Kesian Syahmi..

Kesian Syahmi, bosan duduk rumah...


Kesian dia, duduk rumah, berkawan dengan tok ma dan mama dia sahaja dekat rumah. Adik pergi taska, so teman bermain dah jadi terhad.

Kenapa tidaknya, kalau ikut sirah terdahulu, Syahmi masuk taska sejak dia berumur 3 bulan lagi sehinggalah dia berumur 3 tahun 4 bulan. Disebabkan kalau mengikut kalendar masihi, Syahmi sepatutnya dah masuk tadika dah mulai 2 Januari yang lalu, tapi disebabkan kami sekeluarga memang berhajat nak pindah rumah dekat Sepang, macam tak berbaloi ja Syahmi masuk tadika. Nanti nak kena register tadika kat Sepang balik.

So Syahmi, sabar dulu. Nak main helmet ayah pun, ayah bagi . Nanti dah pindah nanti, ayah & mama cari tadika dekat Syahmi dan adik, taska baru. Boleh jumpa kawan baru, boleh jumpa cikgu baru, boleh pakai baju baru. Buat masa sekarang, sabar dulu ok...


No comments: