Saturday, January 25, 2014

Nasi Lemak Istimewa belakang Sek. Ren. Agama Islahiah, Sg Besi

Aku tak tahu nak letak nama apa untuk nasi lemak mamat nie, sebab tak ada banner ka, papan tanda ka. Dan la gerai stail pacak khemah sahaja. Tapi, nasi lemak dia memang sedap.



Aku suka makan nasi lemak dia. Tak nampak sangat pun ada branding yang ada pada nasi lemak dia, tapi antara yang terbaik. Ayam rempah digoreng di situ juga, so memang panas-panas. Lokasi yang kedai pacak yang agak jauh daripada peniaga-peniaga lain, gerai ini dapat bertahan. Sudahlah dengan kedudukan yang kurang stretategik di belakang Sekolah Rendah Agama Islahiah, Sungai Besi.

Yang membuatkan aku rajin berulang makan nasi lemak dekat sini antara salah satu tarikan, ayam dia. Menarik, dan hati boleh tertawan.

Sesiapa yang rajin mencari makanan dekat dengan pekan Sungai Besi, boleh la menyinggah gerai nasi lemak nie. Tapi, bungkus sahaja. perkhidmatan untuk makan dekat situ tidak disediakan...

3 comments:

Shafiq Hashim said...

Sedap Tengok Ayam Berempah Tu..Lapor Plk..

http://shafiqhashim.blogspot.com/2014/01/guess-emoji-ketagihan.html

Fauzi Noordin said...

murah ja..RM4.50

Anonymous said...

Gerai nasi lemak ni dah pindah mana ye? Sy dlu selalu pergi. Skrg tgk dah xde.