Monday, January 6, 2014

Semangat berkerja ditahun baru

Walaupun hari ini dah 6 Januari..

Hahahah..

Selalunya orang akan bercakap pasal semangat berkerja on the first day of working in new year. Tapi aku, Hari nie baru rasa bersemangat untuk berkerja. Sebab apa? Kalau entry keluar minggu lepas, bagi aku macam tak releven ja sebab office sunyi. Ramai sangat orang bercuti. Kalau hari nie, ramai orang dah masuk kerja. Jalan masa nak ke office tadi pun banyak, tapi laluan aku ke office, tak sesak. So still bergerak ke office tanpa tekanan. heheheh.

Untuk yang berkerja di tempat baru, tahniah. Selamat menempuh cabaran-cabaran baru.

Untuk yang berkerja di tempat lama, tahniah. Anda masih setia dengan majikan anda.

Untuk yang berkerja di tempat yang boring, tahniah. Anda ada masa nak mengular..

Untuk yang berkerja di tempat banyak orang, tahniah. Boleh cuci mata.

Untuk yang berkerja mengadap komputer sahaja, tahniah. Ada harapan tukar spec baru.

Untuk yang tidak berkerja, tahniah jugak sebab anda masih boleh sambung tidur.

Untuk aku, tahniah atas diriku sebab masih boleh berkerja...


No comments: