Friday, January 24, 2014

Kemoterapi untuk kanak-kanak?

Entry nie lebih kepada sambungan daripada entry kesan kemoterapi, bagaimana hendak menghadapinya.

Semasa aku menulis entry di atas tersebut, skop pengalaman aku lebih kepada orang dewasa yang mana mempunyai daya tahan diri yang kuat dan memerlukan sokongan emosi. Tapi aku terlupa yang ada juga kemoterapi ini diperlakukan kepada kanak-kanak ataupun bayi.

Bagi aku, pada saat dan ketika itu, emosi yang paling terganggu merupakan ibu dan ayah kanak-kanak itu sendiri. Begitu banyak kerisauan dan permasalah yang bermain di minda ibu dan ayah, masakan tidak, yang menanggung adalah anak yang disayangi.

Aku sebenarnya tidak dapat membayangkan situasi kanak-kanak kecil tersebut. Walau sekalipun, tak mungkin aku dapat membayangkan situasi tersebut. Sebab aku cakap begitu kerana aku dan isteri punya dua orang cahaya, adik dan Syahmi. Kalau salah seorang demam, dalam hati ini, hanya Allah sahaja tahu betapa risaunya kita sebagai ibu dan ayah. Itu baru demam.

Apa yang aku leh ucapkan, aku mengharapkan ibu dan ayah yang mana anak-anak melalui proces kemoterapi, mohon sangat-sangat tabah dan berserah kepada Allah. Itu semua dugaan daripada Nya. Pastikan anak-anak berada dalam keadaan selesa sehabis mungkin. Jangan biar mereka keseorangan. Pastikan mereka tahu yang ibu bapa mereka sentiasa disisi mereka, menyayangi mereka dan sentiasa menemani mereka.

Semoga Allah membantu perjalanan kanak-kanak yang menjalani kemoterapi supaya cepat sembuh dan aktif seperti mana kanak-kanak biasa.

Amin..

No comments: