Monday, January 6, 2014

Sedih, pedih, pilu dan sayu..

Sedih, pedih, pilu dan sayu..

Tidak dinafikan, sememamgnya ada sahaja kenangan yang terdahulu amat pedih untuk kita kenang. Tambahan pulak apabila ia merupakan titik perubahan hidup seseorang. Perubahan yang kita tidak duga sama sekali akan berlaku. Dalam pada ketika kita berada begitu selesa dengan isteri, suami, anak-anak, adik, abang, kak, ibu mahupun ayah. Dan tiba-tiba kita kehilangan semua itu. Sesiapa pun akan berasa hancur luluh perasaan. Hanya mereka yang pernah mengalaminya dapat memahaminya.

Apa yang perlu dilakukan apabila ketemu dengan dugaan sebegitu rupa? Kenapa kita perlu menanggung azab kehidupan ini secara tiba-tiba? Apakah kebaikan-kebaikan kita telah diterjemahkan dengan dugaan yang perit lagi pedih?

Apa salahku?

Setiap orang punya kisah, kisah yang lara yang sentiasa mencengkam jiwa. Malah setiap orang punya detik-detik hitam dalam kehidupan. Setiap orang pun sama, tetapi adakah kita perlu ingat akan semua itu? Yang berlalu, mengapa perlu dikenang? Kenangan lampau jangan diingatkan kembali sekiranya sedih, pedih, pilu dan sayu. Ini semua dugaan yang Maha Esa. Dugaan dan cabaran yang Allah berikan kepada kita dan Allah pastikan hanya kita yang menanggungnya kerana Dia tahu, hanya kita dapat menanggung bebanan tersebut.

Ingatlah, kita punya Tuhan yang adil tentang segala.. teruskan hidup, jangan pandang belakang. Teruskan usaha, jangan terhenti dipertengahan jalan. Ya, aku menasihati diriku dan orang di sekeliling aku. Aku maafkan orang yang telah melakukan kesalahan kepada ku. Aku redha, itu rezki dia. Perkara yang lepas, aku tinggalkan dibelakang. Yang pasti hidup ini masih panjang. Aku seru orang yang disekliling aku juga sama, tinggalkan perkara yang lepas, perkara yang duka lara, perkara yang sedih pilu, perkara yang duka lara. Tinggalkan nya di belakang. Maafkan mereka yang pernah berbuat keburukan kepada kita, maafkan mereka yang pernah mencemuh kita, maafkan mereka yang memandang jijik kepada kita. Berderatlah kehadapan. Sesungguhnya hidup ini punya sinar dihujungnya...

No comments: