Friday, January 24, 2014

Nak beli rumah, tapi...

Realitinya, rumah sekarang memang mahal..


Dan aku dan wife rasa bernasib baik kerana sempat membeli rumah nie..

Suatu hari, salah seorang kawan aku menyatakan hasrat untuk membeli rumah di antara Shah Alam dengan Putrajaya. Memandangkan aku sekarang berkerja dengan syarikat perumahan (walaupun baru 6 bulan), dan dengan penuh rasa penuh ilmu di dada, aku pun berhasrat untuk menolong kawan aku nie.

Harga rumah, RM350k ke bawah, ok..
Lokasi antara Putrajaya dan Shah Alam, ok..
Atas tanah, ok..

Keesokkan harinya, aku pun menyatakan hasrat aku kepada rakan sekerja di bahagian Pembangunan Strategik. Dan jawapan yang aku terima sangat-sangat mengecewakan. Tiada projek perumahan baru yang menepati ciri-ciri yang diperlukan, kecuali rumah second hand. Then, aku cuba Whatsapp kawan aku tue nak bercerita lebih lanjut hasil siasatan aku tue sambil makan di gerai Nasi Ayam Sungai Kantan. Tegur-tegur, tak jawab. Tegur dalam group, tak jawab. Dah petang baru bagi tahu dia tidur. Kerja sampai pukul 8.00 pagi, Ciss.. Patut la pun.

Tapi, apa yang aku nak sampaikan bukan pasai kawan aku tue, tapi situasi atau keadaan sekarang ini. Harga rumah sekarang mahal. Itu realiti. Sesiapapun tidak boleh mentakwilkan kenyataan itu.

Aku antara golongan yang sempat juga membeli rumah didalam kemampuan aku. Walaupun berkongsi pinjaman kewangan dengan bini aku, tetapi kami berjaya memiliki rumah. Kalau nak mengharapkan dengan gaji aku sekarang ini, aku rasa pinjaman perumahan pun tak lepas.

Aku nak kongsi pengalaman aku semasa aku duduk apartment dekat Puchong Prima. Kiranya duduk rumah bujang dengan kawan-kawanku. Tuan rumah pernahmenawarkan rumahnya kepada aku dengan nilai RM125k. Masa itu, manalah aku mampu dengan kerja tak sampai 2 tahun. Tapi sekarang nie harga dah mencecah RM 250k. Untuk pengetahuan, sekarang nie depan apartment tue, sedang dibina stesen MRT. Aku menjangkakan bila projek MRT siap sepenuhnya, harga apartment boleh menceceh RM400k. Rasa rugi pulak tak ambik dulu..

Tapi, rezeki setiap orang lain-lain. Tak dapat beli rumah dekat Puchong, aku dapat beli dekat Sepang. Alhamdullilah.

Apa yang aku risaukan, harga rumah sekarang nie sememangnya mencanak naik. Gaji aku pulak, huh.. Aku malas nak komen sebab baru kerjakan. huhuhu

Cuma, nasihat aku kepada kawan-kawan semua, kalau ada peluang membeli rumah dikawasan yang berpotensi, tolong jangan lepaskan peluang tue. Ini aku dengar katanya nak beli rumah dekat kampung sebab lebih murah. Betul kenyataan tue, tapi macam aku cakap la, peluang keemasan, tolong jangan lepaskan sebab melabur kepada rumah, bagi aku tidak rugi malah menguntungkan. InsyaAllah.. Kalau nak beli rumah dekat kampung pun, tak ada masalah. Jual rumah dekat sini, beli dekat kampung.. Tak dak isukan..




2 comments:

Anonymous said...

pojie...kalau kat penang lg gilos harga...syukurlah dapat gak beli rumah landed...w/pon x mampu nak beli rumah mcm kat taman sri nibong kan...hat tu pon dah mencecah jutaan dah...gilos betul la ni

Unknown said...

Dah main juta-juta dah sekarang..huhuhu. Meremang bulu roma..